*wipe tears*
Rabu, habis waktu kerja, saya ke Menara Rebung (again..), meeting di sana. Ke sana ke mari. Hari itu, maksud saya, hari itu saja saya ke Menara tanpa memandu, hanya menumpang kereta rakan sekerja. Ke sana ke mari berlaruran sehingga jam 12 lebih. Kemudian sudah penat dan berlengas, barulah tahu mahu pulang, bukan, tidak berpoya-poya. Bekerja secara keseluruhannya.
Sampai di pejabat, sudah jam 1. Turun ke basement, lihat kereta sudah tiada. Tidak panik langsung. Mungkin in denial. Mungkin kereta di parkir di tempat lain. Pusing seluruh basement, masih tidak ada. Hati tiada bimbang langsung. Mungkin kerana sudah penat dan mengantuk. Saya cuba call rekan sekerja lain. Kata mereka, kereta saya masih disitu sewaktu mereka pulang sekitar jam 7. Saya panggil security disitu, malangnya, tiada siapa yang nampak. Tiada kamera juga, kata mereka ini kes pertama. Tapi mengapa kereta cute saya. :'(
Sehingga hari ini, masih tidak nampak bayangnya. Apalah nasib dia agaknya. Kereta yang penuh memori suka duka itu. Sudah lebih 5 tahun umurnya dengan saya. Sedihnya..
*wipe tears again*
Anyway, terima kasih banyak untuk semua yang membantu, memberi semangat dan sebagainya. Saya tenang saja, betul. Sampai ada yang berkata, saya masih rileks saja walau hilang sesuatu yang sangat-sangat berguna (memang patah kaki tak ada kereta woh!). Kecuali ketika telefon kakak dan ketika menulis ini. Hati jadi sebak. Entahlah, mungkin redha agaknya, kalau tak redha mungkin sudah berguling-guling throwing tantrum, eh!
Terima kasih untuk
1) Kak Ida, sanggup datang dari Nilai jam 2 pagi teman saya buat laporan polis sampai jam 6 pagi
2) UTK Kajang and his friends, datang beramai-ramai macam pencuri masih ada disitu mau tangkap dan belasah terus. Terima kasih banyak
3) Fellow officemates, semua pun bagi semangat
4) Boss, call all the way dari Bandung, Indo just to ask about my condition. Terima kasih for concern, I would never ask for any other bosses.
5) Misya, sebab tumpangkan saya hari-hari pergi kerja tapi tak kisah pun. Terima kasih banyak.
Terima kasih semua. Saya akan hadapi ini dengan senyuman. Terima kasih untuk semua pertolongan masa saya tengah susah ni. Maybe theres blessing in disguise, hopefully.
=)