Wednesday, February 8, 2012

Pengalaman Saya Menonton Filem Tamil

Dipanggung.

Filem hindi pun saya tak pernah tonton di panggung. Di TV pun memanglah "once in the blue moon" kata orang kampung saya. Inikan pulak filem tamil. Keh keh.

Petang tadi housemate saya sms ajak teman dia pergi menonton. Saya balas, ada subtitile kah? Karang ternganga saya sorang-sorang kalau tak ada subtitle. Katanya ada, oklah kata saya.

Oh, housemate saya india muslim. Mamak lah kiranya. Dia boleh cakap melayu, inggeris, tamil, arab. Tamil dia memang fluent, jadi filem tamil ni memang favourite dialah.

Kami pergi menonton di Metro Kajang ini saja. Tak sampai 5 minit dari rumah. Wayang mula jam 9, jam 8 kami keluar. Itupun jammed sikit dekat kuil sebab Thaipusam kan. Memang good timing lah tonton filem tamil masa thaipusam, tak ramai orang. Kalau tak mesti penuh dengan mereka, dapat pilih good seat some more.

Sampai panggung jam 8.15. Makan dulu. Oh, saya ada ulser teruk sekarang. Memang seksa nak makan. Bercakap apatah lagi. Tadi saya makan juga tosai (makan pun kat mamak) dengan air milo. Lepas tu baru teringat, mak ai..filem tamil mau 3 jam juga baru habis. Minum ais pula tu, mesti nanti berulang pergi toilet je. Dah la sweater tak bawak (facepalm).

Siap makan dah jam 9, kami ke panggung. Saya yang hulur tiket pada tiketmaster tu. Ada 2 panggung saja yang buka. 1 filem tamil, 1 lagi tayang Journey 2. Saya hulur saja tiket, terus ticketmaster tu tanya,

"Journey 2?"

Bila dia tengok tiket saya terus dia senyum saja. Teripu-sipu I. Mesti dia ingat saya salah panggung and dia pelik tengok saya yang melayu bertudung ni tengok filem tamil. At least my housemate understand tamil. Kah kah. Orang yang dalam panggung pun duk tengok kami lain macam. Laju-laju cari seat & duduk. Nasib tak ramai orang.




*pics googled*



Saya tonton filem ni. Tak tau pasal apa pun mulanya. Just tengok saja. Takut juga kalau tiba-tiba subtitle tak keluar. Mau tidur saja dalam tu. Nasib baik ada. Cerita pasal semangat setiakawan & pelajaran. Oklah ceritanya. Ada kelakar..ada sedih. Beria juga saya ketawa bila part kelakar. Ada nak menangis juga bila part sedih. Tapi biasalah cerita tamil. Exaggerate lebih. Siap 3 ekor ni tolong orang beranak. Pastu bijak sangat melampau. Nasib baik takde part bergaduh sekali sepak 5 orang mati. Kah kah kah.

Satu keajaiban juga sebab saya tak ada rasa nak ke toilet sepanjang 3 jam tu. Maybe sekarang ni saya tengah hot sangat kot. Tuang air banyak pun still hot lagi di dalam. Hotness overload. Selalunya lepas je minum ais, kadang-kadang tak dan air habis lagi dah nak terkenc. Hari ni ok sikit, ada la rasa tapi still boleh tahan sampai rumah.

Filem habis jam 12. Betul-betul 3 jam. Pergh. Banyak masa betul mereka ni!

Wednesday, January 4, 2012

Dühös

Saya mengamuk kat ofis hari ni.

Nasib baik ofis black out and there were only two of us. Saya dan orang yang saya amuki. Saya ni jenis buat dulu. Jangan banyak sangat cakap. Buang masa. Kalau cakap dan bagi janji-janji palsu ni memang malas nak layan.

Marah lah bila saya yang dipersalahkan bila kerja tak siap. Saya penat bila semua nak kena buat while other boleh bersilang kaki naik atas meja bagai buat tak tau. Kadang-kadang rasa macam, malas nak buat apa-apa kerja, tengok apa jadi nanti. Talking about men kan. Sigh. Bila suruh, hadoi..slownya lah. Menaip slow, tekan kalkulator slow. Nak kena tunjuk banyak kali baru faham. Tak fokus. Last-last saya juga yang kena buat sendiri. Facebook je lah yang ko laju.

Lepas tu orang yang saya amuki tu siap cakap saya tak bagi list apa benda yang dikehendaki. My goodness, rasanya dah 3 kali email tapi dia kata pada bos saya belum bagi list lagi. Apa lagi, mengamuk lah.

Dia kata saya kepala angin. Saya kata, memang saya kepala angin. Dari dulu lagi. I said, even my mom said so, dah tahu macam tu, so please dont trigger my anger lah kan.

Saya dah cari balik semua dokumen, susun elok-elok buat filing. Bukan sikit, dekat seratus juga. Tiba-tiba kau hilang lepas tu kata aku belum buat lagi. The heck. Memang mangsa amukan la. Sebabnya last-last saya juga yang boss salahkan bila dia masuk lambat dan phone tak pick up. Lepas tu bagi alasan saya belum siapkan lagi. Eh pissed off lah.

But one thing about me lah. Kalau saya marah, memang saya marah betul-betul naik suara tinggi bagai. Dah tak pikir, dia lagi tua ke, pangkat lagi besar ke. Hui, lama tak mengamuk macam tadi. Sampai nak termenangis rasanya and thats it.

Lepas habis marah saya oklah. I can sit down and talk about other thing and just forget the anger. Like seriously, lepas tu saya pergi minum dengan dia and the others and kita borak macam biasa like nothing happened. Lepas tu naik atas dan sambung kerja and helped each other. Talking about being professional. Kah kah.

Eh, sampai 2 entry malam ni. Something is not right. Oh, saya mimpi kena gigit lintah dekat tengkuk belah kiri semalam. Oh, my saya paling geli lintah. Hari tu pacat panjat selipar saya pun dah menjerit macam gila. Bukan main-main, saya memang tak suka pacat/lintah. Geli weiii and oh, lintah dalam mimpi saya tu, saya cuba cabut. Tanggal, tapi gigi dia still tertinggal pada tengkuk.

Saya terjaga sebab tangan sendiri mengibas-ngibas tengkuk secara kasar. How bad was that? Euw!


Kerjaan

What?

Kelakar pun ada, kesian pun ada.

Anyway, ada lah sorang ni, duk sibuk-sibuk tayang "hasil kreativiti" dia kat fb. Dia buat kad. Lepas tu siap offer sesiapa yang nak buat kad boleh la tempah kat dia, nanti dia buatkan dan ada caj la untuk kad2 tersebut.

Ok, sound decent. Ramai orang jual barang & services dalam fb. No issue there.

Tapi isunya ialah,

1) dia buat creative work. And the artwork was not original. I dont know whether dia aware pasal copyright ke tak. Dia just google the images, mana yang dia rasa menarik, dia just rearrange them print it out, tambah wording sana sini and tada..jadi kad. Jual, gain profit from it.

2) Dia print hasil kerja dia kat opis & guna printer opis. Ok, ini tak boleh diterima la. Unless, dia bayar printing charges pada company tempat dia kerja tu. Tapi, bayar ke? Macamana dia kira, 30cent per page? Macam tu? But still, kalau dia bayar pun dont you think its fair pada staff yang lain?

Buat kerja-kerja kreatif dia masa time ofis tu boleh letak tepi la sebab rasanya, orang lain pun ada masa mengular jugak tak banyak sikit tu mesti ada. So, its not a big issue lah kan.

Kelakar juga bila dia kata sampai tak tidur malam sebab memikir idea macamana nak buat kad-kad dia tu (sebab ada kawan dia yang tempah). Hasilnya, no offense rasanya baiklah disuruh orang yang belajar design & kreatif bebetul yang buat. Adalah yang nampak ok, tapi yang macam childish sangat pun ada juga. Tah lah, mungkin saya tak remaja dah kot nak terima design-design serabut macam tu. Lepas tu siap cakap "pendapatan halal" dalam ayat promo dia. Rasanya secara kasar macam tak berapa nak halal kalau dah macam tu.

I dont mind kalau dia nak cari side income. I do encourage people to do it. Takde nak jelous ke apa. But make sure you do it in right way. I admit that I also use the printer for personal purposes. Tapi, bukan untuk jual hasilnya pada orang lain. Thats way too wrong.

Thats my 2 cent lah. Enough of rambling, mahu mandi now.

Tuesday, January 3, 2012

Lécrácsos Gát

Malas nak mushy-mushy la.

Macam tadi, ada member lama tegur difb, katanya dia sudah pindah.

Saya: Pindah mana?
Dia: Dekat je dengan ko..
Saya: oo..ok

.
.
.

Dia: Tau ke kat mana?
Saya: Ko tak bagitau mana aku nak tau..

Masa ni dalam hati dah macam malas. Malas nak tanya lagi. Kalau nak bagitau, bagitau saja, kalau taknak takpelah.

Dia: Tengoklah status aku check in

Pulak dah. Nak suh teka-teka memang malas dah tetua ni. Banyak lak tu check in, mana nak tau yang mana. Oklah, basically dah tau la dia kat mana, but still payah benar nak bagitau tu kenapa. Ko ingat ni zaman remaja nak teka-teka sambil giggles macam nampak jejaka kacak? Herh!

The other day, ada borak dengan sorang member ni. I mean, dia pernah kerja (and still back & forth to Singapore kot), sebab hari tu ada plan nak ke Singapore lah kan. Jadi saya tanya dia, manalah tau boleh membantu. Tapi nan ado..gagal.

Saya: Ever been to USS tak?
Dia: USS apa tu?
Saya: Oh tatau, ok then

Oklah, tak tau takpelah. still, malas nak mushy mushy lagi. Ko tatau fine lah. Aku gi tanya orang lain yang tau or boleh google je.

Dia: USS tu apa?

Dia buat tatau atau memang tatau atau google dia rosak ke apa tak tau la. Bila saya bagitau USS tu apa dia jawab

Dia: I panggil uni studio je, maklum la orang kampung je.
Saya: ok..

Saya ok kan saja. Malas nak memberikan kata-kata yang menyedapkan hati. Malas nak tanya lagi, even ko dah pernah pergi 8 kali pun. Lantak le kalau dia assume saya menyetujukan apa yang dia cakap tu. Terasa? Pergi duduk di sudut sana dan sedapkan hati sendiri.

The heck apa kaitan orang kampung dengan tak tau USS kot. Theres no orang kampung or orang bandar dalam kes ini, just orang yang membaca & ambil tahu dan tak je.

Jangan annoying sangat. Sikit-sikit pun saya tak suka. Inikan pula banyak, kah kah.

Saya suka lelaki kidal lah. Eh, tetiba & waiting is so stressful!


Oh, welcome abroad 2012. Challenge accepted.