Wednesday, January 4, 2012

Kerjaan

What?

Kelakar pun ada, kesian pun ada.

Anyway, ada lah sorang ni, duk sibuk-sibuk tayang "hasil kreativiti" dia kat fb. Dia buat kad. Lepas tu siap offer sesiapa yang nak buat kad boleh la tempah kat dia, nanti dia buatkan dan ada caj la untuk kad2 tersebut.

Ok, sound decent. Ramai orang jual barang & services dalam fb. No issue there.

Tapi isunya ialah,

1) dia buat creative work. And the artwork was not original. I dont know whether dia aware pasal copyright ke tak. Dia just google the images, mana yang dia rasa menarik, dia just rearrange them print it out, tambah wording sana sini and tada..jadi kad. Jual, gain profit from it.

2) Dia print hasil kerja dia kat opis & guna printer opis. Ok, ini tak boleh diterima la. Unless, dia bayar printing charges pada company tempat dia kerja tu. Tapi, bayar ke? Macamana dia kira, 30cent per page? Macam tu? But still, kalau dia bayar pun dont you think its fair pada staff yang lain?

Buat kerja-kerja kreatif dia masa time ofis tu boleh letak tepi la sebab rasanya, orang lain pun ada masa mengular jugak tak banyak sikit tu mesti ada. So, its not a big issue lah kan.

Kelakar juga bila dia kata sampai tak tidur malam sebab memikir idea macamana nak buat kad-kad dia tu (sebab ada kawan dia yang tempah). Hasilnya, no offense rasanya baiklah disuruh orang yang belajar design & kreatif bebetul yang buat. Adalah yang nampak ok, tapi yang macam childish sangat pun ada juga. Tah lah, mungkin saya tak remaja dah kot nak terima design-design serabut macam tu. Lepas tu siap cakap "pendapatan halal" dalam ayat promo dia. Rasanya secara kasar macam tak berapa nak halal kalau dah macam tu.

I dont mind kalau dia nak cari side income. I do encourage people to do it. Takde nak jelous ke apa. But make sure you do it in right way. I admit that I also use the printer for personal purposes. Tapi, bukan untuk jual hasilnya pada orang lain. Thats way too wrong.

Thats my 2 cent lah. Enough of rambling, mahu mandi now.

No comments: