Friday, December 16, 2011

Oferte

Pernah ke pernah?

Semangat pergi beli tiket wayang. Semangat nak tonton wayang. Siap pilih seat, bayar di kaunter tiba-tiba tiket hilang. Entah jatuh dimana, bila trace balik laluan, memang tiada bayang lagi.

Down tak rasanya? Kecewa kan?




Inilah, inilah filem yang kami mahu tonton itu.


Mesti ada orang dah jumpa dan ambil seat kami :(


*

*

*

*

*

*

*

*

Songlap sepatutnya lebih depressing. Lebih bagi saya stress dan depressed. Bagi saya geram dan marah sehingga meruntun jiwa. Tapi tak sampai ke tahap itu. Sebab itu yang saya expect. Tapi oklah, saya suka.

Tiada orang songlap seat kami juga, kami buat muka tak malu tanya di kaunter. Nasib baik hafal no seat. Mereka bagi kami masuk tapi kalau ada orang claim tiket, kami terpaksa dihalau keluar. What? kami bayar ok tapi err..cuma tiket hilang.

Dalam 15 minit cerita bermula, ada 2 orang datang ke arah row kami. Cuak juga, saya fikir cuma tinggal 1 kerusi kosong, rupanya ada 2 dan itu seat mereka. Phew. Senang hati sampai habis sebab semua orang jujur. Terima kasih.

No comments: