Friday, August 20, 2010

Wan Catu: Defeated By Cancer


:'(

Akhirnya Wan Catu pergi juga tengahari Isnin yang lalu. Kesihatannya mula merosot sejak beberapa tahun ini. Dimasukkan ke hospital isnin minggu lalu dan tengahari Ramadan yang ke enam itu, dia pergi juga menghadap Ilahi.

Saya sedih benar. Sebab itu tertangguh menulis disini. Namun, saya bersyukur kerana sempat melawatnya 2 kali semasa di hospital. Saya lihat dia sudah uzur benar, namun wajahnya seakan bercahaya. Tapi kata doktor, virus telah menyerang organ dalaman Wan Catu. Few organs were already failed to operate.

Tetapi, mungkin waktu itu, I was in denial. I dont think she will leave us this soon. At least she can survive until hari raya. Tapi saya cuma boleh berharap. Nyatanya Allah lebih sayangkan dia.

Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menanggung beban kesakitan itu lagi.

Sekurang-kurangnya dia pergi dengan hati yang tenang.

Sekurang-kurangnya Allah mengambil nyawanya di bulan yang mulia ini.

So yes, the cancer virus runs in the family now and I'm hating it.

*stab*
*stab*
*stab*

***

=sisterhood, raya 2008=

Wan Catu itu kakak emak saya. The one and only Wan Catu. Orang Perak menggelar emak saudara/makcik itu sebagai wan.

"Kenapa Wan Catu, mak?"

Saya tanya mak satu hari, waktu itu saya baru-baru pandai berfikir.

"Dulu, masa kecil-kecil, kamu orang pelat. Tak reti sebut satu. Yang disebut 'catu'."

Maka, jadilah 'Wan Catu' kata emak. Tak apalah, comel juga bunyinya.

***
Dia selamat dikebumikan awal pagi Selasa itu. Saya sedih benar melihat dia dibawa pergi. Airmata tak dapat ditahan-tahan lagi.

"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa Wan Catuku, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman"

Al-Fatihah.

Monday, August 9, 2010

Countdown to Ramadan

Yay. Sudah beli cotton. Finally jumpa yang affordable. Selepas menjelajah all the kedais in Nilai 3 tu. Tapi beli 2 jenis saja. For a start oklah kot. Nanti kalau cantik boleh beli lagi. Tak sabar nak balik weekend ni untuk projek menjahit. Wee..

Beli kain untuk baju raya 1 saja. Kakak beli 4. Woh. Banyaknya. Saya kerja tak pakai baju kurung. Jadi malas mahu beli banyak-banyak. Kadang-kadang belasah pergi kerja pakai jeans dengan t-shirt penn*zoil saja. T shirt penn*zoil adalah melambak. Kalau pakai hari-hari mau orang ingat saya kerja jual minyak agaknya. Haha. Plus ada lagi 1 baju kurung yang tak pakai boleh buat baju raya.

Oh, ramadan sudah dekat. Dekatnya. Tahun ni puasa sambil bekerja semulalah nampaknya. Setelah 2 tahun puasa masa belajar. Erm..masa untuk lebih banyak beribadah. Sekarang ni malas betul la. Mengaji pun kadang-kadang saja. Al mathurat pun dah lama tak baca. Apa nak jadi ni. Kalau dirumah boleh mengendeng-ngendeng dekat emak masa dia mengaji. Lepas tu mak akan tolak Quran dekat saya dan suruh saya baca. Saya akan tersengeh baca sambil dalam hati berharap semoga boleh baca dengan lancar. Kalau tak lancar akan kantoi dengan emak nampak sangat dah malas mengaji. Boleh rotan.

Oklah. Selamat berpuasa. Selamat berpuasa. Ahlan wa sahlan ya Ramadan.

*senyum*


Monday, August 2, 2010

Selamat Sudah

Selamat sudah kawan saya sorang ni kawin sabtu lepas. Minah ni rileks gila. Tak macam orang nak kawin pun. Hari rabu saya call dia, tanya macamana preparation, dia kata banyak lagi tak buat, baru nak keluar beli bunga katanya.

Hari jumaat baru sibuk nak siapkan semua termasuklah cat rumah. Masa on the way pergi rumah dia, tengok-tengok juga kot ada signboard tulis arah rumah pengantin. Yillekk..tak ada. Nasib baik saya pernah pergi rumah dia masa dia bertunang dulu. Tak ada la sesat. Kalau tak mau sesat tah kemana-mana agaknya. Si De' (yg the only lelaki selain pengantin pada gambarajah dibawah) kata dia dah lalu 4-5 kali depan rumah pengantin, takut salah rumah katanya. Tapi nasib baik area situ ada 1 rumah je yang kenduri. Dia redah sajalah. Nasib baik betul. Hahaha...lawak betul la si Jasmin ni.

Tengok.. gambar bertunang tahun lepas. Sempoi gila. Nasib baik ada bunga.


Nasib baik time kawin cantik dan meriah. Pelamin cantik, mekap pun cantik. Nanti gua kawin gua ingat mahu pakai service dari orang-orang yang samalah. Cuih, berangan boleh la..bila mahu berjodoh entahlah!

hahaha..

Anyway, Selamat Pengantin Baru Jasmin & Marwan. Saya suka tengok 2 orang ni. Padan je, lepas tu birthday Marwan adalah sama dengan birthday saya. Smart people think alike. Haha..perasan tiba-tiba.