Friday, August 20, 2010

Wan Catu: Defeated By Cancer


:'(

Akhirnya Wan Catu pergi juga tengahari Isnin yang lalu. Kesihatannya mula merosot sejak beberapa tahun ini. Dimasukkan ke hospital isnin minggu lalu dan tengahari Ramadan yang ke enam itu, dia pergi juga menghadap Ilahi.

Saya sedih benar. Sebab itu tertangguh menulis disini. Namun, saya bersyukur kerana sempat melawatnya 2 kali semasa di hospital. Saya lihat dia sudah uzur benar, namun wajahnya seakan bercahaya. Tapi kata doktor, virus telah menyerang organ dalaman Wan Catu. Few organs were already failed to operate.

Tetapi, mungkin waktu itu, I was in denial. I dont think she will leave us this soon. At least she can survive until hari raya. Tapi saya cuma boleh berharap. Nyatanya Allah lebih sayangkan dia.

Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menanggung beban kesakitan itu lagi.

Sekurang-kurangnya dia pergi dengan hati yang tenang.

Sekurang-kurangnya Allah mengambil nyawanya di bulan yang mulia ini.

So yes, the cancer virus runs in the family now and I'm hating it.

*stab*
*stab*
*stab*

***

=sisterhood, raya 2008=

Wan Catu itu kakak emak saya. The one and only Wan Catu. Orang Perak menggelar emak saudara/makcik itu sebagai wan.

"Kenapa Wan Catu, mak?"

Saya tanya mak satu hari, waktu itu saya baru-baru pandai berfikir.

"Dulu, masa kecil-kecil, kamu orang pelat. Tak reti sebut satu. Yang disebut 'catu'."

Maka, jadilah 'Wan Catu' kata emak. Tak apalah, comel juga bunyinya.

***
Dia selamat dikebumikan awal pagi Selasa itu. Saya sedih benar melihat dia dibawa pergi. Airmata tak dapat ditahan-tahan lagi.

"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa Wan Catuku, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman"

Al-Fatihah.

No comments: