Yay. Sudah beli cotton. Finally jumpa yang affordable. Selepas menjelajah all the kedais in Nilai 3 tu. Tapi beli 2 jenis saja. For a start oklah kot. Nanti kalau cantik boleh beli lagi. Tak sabar nak balik weekend ni untuk projek menjahit. Wee..
Beli kain untuk baju raya 1 saja. Kakak beli 4. Woh. Banyaknya. Saya kerja tak pakai baju kurung. Jadi malas mahu beli banyak-banyak. Kadang-kadang belasah pergi kerja pakai jeans dengan t-shirt penn*zoil saja. T shirt penn*zoil adalah melambak. Kalau pakai hari-hari mau orang ingat saya kerja jual minyak agaknya. Haha. Plus ada lagi 1 baju kurung yang tak pakai boleh buat baju raya.
Oh, ramadan sudah dekat. Dekatnya. Tahun ni puasa sambil bekerja semulalah nampaknya. Setelah 2 tahun puasa masa belajar. Erm..masa untuk lebih banyak beribadah. Sekarang ni malas betul la. Mengaji pun kadang-kadang saja. Al mathurat pun dah lama tak baca. Apa nak jadi ni. Kalau dirumah boleh mengendeng-ngendeng dekat emak masa dia mengaji. Lepas tu mak akan tolak Quran dekat saya dan suruh saya baca. Saya akan tersengeh baca sambil dalam hati berharap semoga boleh baca dengan lancar. Kalau tak lancar akan kantoi dengan emak nampak sangat dah malas mengaji. Boleh rotan.
Oklah. Selamat berpuasa. Selamat berpuasa. Ahlan wa sahlan ya Ramadan.
*senyum*
No comments:
Post a Comment