1.
Drive alone back and forth. Luckily semua ok. Bukan tak pernah drive balik sorang-sorang. Tapi bila time raya ni, kereta terlebih banyak atas highway. So kena ambik extra precaution. Alhamdulillah. Smooth saja. Balik kampung khamis pagi, berangan nak drive tak lebih 100km/j. Takde maknanya. Terlebih jugak. But not more 120km/j. Kang kena saman Ops Sikap padanlah muka.
2.
Sampai rumah tolong mak itu ini. Tengah potong ayam bos call. Memang potong mood lepas tu. Some office issues that need to be settle urgently. Nasib baik boleh main call-call saja. call sana, then call sini, get the numbers from 103 lepas marah-marah sikit everything was ok la. But then still rasa demotivated sikit because of silly mistakes macam ni. Haih, luckily bos ok. Tak marah sangat.
3.
Kamera kecilku hampir rosak tak boleh guna. Maybe bateri kong lepas tu kamera auto off tapi tak off appropriately menyebabkan dia tak boleh on apatah lagi mengambil gambar. Lepas tu kakakku telah menjadi mcgyver keesokan harinya dan tiba-tiba dia menjerit keseronokan bila dia kata
"kamera dah ok!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Sambil sengih-sengih. Oh, thank godlah kan.
4.
Same goes to my handphone cikai juga. Hari tu masa bulan puasa, hp telah terjatuh bergolek-golek. Lepas tu terus tak boleh baca memory card. Saya pula terus menjadi down dan pakai ringtone default saja. Gambar pun banyak juga dalam tu. Masa dekat kedai telefon saja gatal-gatal suruh dia check the phone. Dia kata reader (or apabendatah namanya) hp dah tidak boleh membaca lagi. Kalau repair kena RM80. Cuih. Tak mahulah. Biarkan saja dulu. Lama juga. Lepas tu, hari rabu last day kerja sebelum cuti raya, tiba-tiba ada pulak muka sendiri dekat skrin. Sebelum ni gambar default saja. Eh, dah baik handphoneku. Tiba-tiba pula baik. Sempena nak raya agaknya. Gembira. Hahaha. Jimat RM80.00.
5.
Seperti biasa, memeningkan kepala emak bila suruh dia jahit baju untuk saya. Saya tahu design saja, tak tahu jahit. Saya sibuk suruh dia buat macam itulah, buat macam inilah. haha. Tapi bila nak buat cubaan memotong kain atau menjahit sendiri, dia akan cakap;
"Tau ke kamu..nanti le bio aku buat"
Lepas tu akan menyibuk saja dekat dia suruh dia jahit cepat-cepat. Lepas tu dia akan berasa tension tapi akhirnya buat juga sampai siap. Hahaha. Terima kasih ye mak. I love you lot.
Gambar dengan emak masa solat raya. Mak muka tekanan sebab kena paksa. Haha. Telekung saya courtesy of boss. Thanks for the telekung ye bos. Hihi!
No comments:
Post a Comment