Wednesday, February 8, 2012

Pengalaman Saya Menonton Filem Tamil

Dipanggung.

Filem hindi pun saya tak pernah tonton di panggung. Di TV pun memanglah "once in the blue moon" kata orang kampung saya. Inikan pulak filem tamil. Keh keh.

Petang tadi housemate saya sms ajak teman dia pergi menonton. Saya balas, ada subtitile kah? Karang ternganga saya sorang-sorang kalau tak ada subtitle. Katanya ada, oklah kata saya.

Oh, housemate saya india muslim. Mamak lah kiranya. Dia boleh cakap melayu, inggeris, tamil, arab. Tamil dia memang fluent, jadi filem tamil ni memang favourite dialah.

Kami pergi menonton di Metro Kajang ini saja. Tak sampai 5 minit dari rumah. Wayang mula jam 9, jam 8 kami keluar. Itupun jammed sikit dekat kuil sebab Thaipusam kan. Memang good timing lah tonton filem tamil masa thaipusam, tak ramai orang. Kalau tak mesti penuh dengan mereka, dapat pilih good seat some more.

Sampai panggung jam 8.15. Makan dulu. Oh, saya ada ulser teruk sekarang. Memang seksa nak makan. Bercakap apatah lagi. Tadi saya makan juga tosai (makan pun kat mamak) dengan air milo. Lepas tu baru teringat, mak ai..filem tamil mau 3 jam juga baru habis. Minum ais pula tu, mesti nanti berulang pergi toilet je. Dah la sweater tak bawak (facepalm).

Siap makan dah jam 9, kami ke panggung. Saya yang hulur tiket pada tiketmaster tu. Ada 2 panggung saja yang buka. 1 filem tamil, 1 lagi tayang Journey 2. Saya hulur saja tiket, terus ticketmaster tu tanya,

"Journey 2?"

Bila dia tengok tiket saya terus dia senyum saja. Teripu-sipu I. Mesti dia ingat saya salah panggung and dia pelik tengok saya yang melayu bertudung ni tengok filem tamil. At least my housemate understand tamil. Kah kah. Orang yang dalam panggung pun duk tengok kami lain macam. Laju-laju cari seat & duduk. Nasib tak ramai orang.




*pics googled*



Saya tonton filem ni. Tak tau pasal apa pun mulanya. Just tengok saja. Takut juga kalau tiba-tiba subtitle tak keluar. Mau tidur saja dalam tu. Nasib baik ada. Cerita pasal semangat setiakawan & pelajaran. Oklah ceritanya. Ada kelakar..ada sedih. Beria juga saya ketawa bila part kelakar. Ada nak menangis juga bila part sedih. Tapi biasalah cerita tamil. Exaggerate lebih. Siap 3 ekor ni tolong orang beranak. Pastu bijak sangat melampau. Nasib baik takde part bergaduh sekali sepak 5 orang mati. Kah kah kah.

Satu keajaiban juga sebab saya tak ada rasa nak ke toilet sepanjang 3 jam tu. Maybe sekarang ni saya tengah hot sangat kot. Tuang air banyak pun still hot lagi di dalam. Hotness overload. Selalunya lepas je minum ais, kadang-kadang tak dan air habis lagi dah nak terkenc. Hari ni ok sikit, ada la rasa tapi still boleh tahan sampai rumah.

Filem habis jam 12. Betul-betul 3 jam. Pergh. Banyak masa betul mereka ni!

Wednesday, January 4, 2012

Dühös

Saya mengamuk kat ofis hari ni.

Nasib baik ofis black out and there were only two of us. Saya dan orang yang saya amuki. Saya ni jenis buat dulu. Jangan banyak sangat cakap. Buang masa. Kalau cakap dan bagi janji-janji palsu ni memang malas nak layan.

Marah lah bila saya yang dipersalahkan bila kerja tak siap. Saya penat bila semua nak kena buat while other boleh bersilang kaki naik atas meja bagai buat tak tau. Kadang-kadang rasa macam, malas nak buat apa-apa kerja, tengok apa jadi nanti. Talking about men kan. Sigh. Bila suruh, hadoi..slownya lah. Menaip slow, tekan kalkulator slow. Nak kena tunjuk banyak kali baru faham. Tak fokus. Last-last saya juga yang kena buat sendiri. Facebook je lah yang ko laju.

Lepas tu orang yang saya amuki tu siap cakap saya tak bagi list apa benda yang dikehendaki. My goodness, rasanya dah 3 kali email tapi dia kata pada bos saya belum bagi list lagi. Apa lagi, mengamuk lah.

Dia kata saya kepala angin. Saya kata, memang saya kepala angin. Dari dulu lagi. I said, even my mom said so, dah tahu macam tu, so please dont trigger my anger lah kan.

Saya dah cari balik semua dokumen, susun elok-elok buat filing. Bukan sikit, dekat seratus juga. Tiba-tiba kau hilang lepas tu kata aku belum buat lagi. The heck. Memang mangsa amukan la. Sebabnya last-last saya juga yang boss salahkan bila dia masuk lambat dan phone tak pick up. Lepas tu bagi alasan saya belum siapkan lagi. Eh pissed off lah.

But one thing about me lah. Kalau saya marah, memang saya marah betul-betul naik suara tinggi bagai. Dah tak pikir, dia lagi tua ke, pangkat lagi besar ke. Hui, lama tak mengamuk macam tadi. Sampai nak termenangis rasanya and thats it.

Lepas habis marah saya oklah. I can sit down and talk about other thing and just forget the anger. Like seriously, lepas tu saya pergi minum dengan dia and the others and kita borak macam biasa like nothing happened. Lepas tu naik atas dan sambung kerja and helped each other. Talking about being professional. Kah kah.

Eh, sampai 2 entry malam ni. Something is not right. Oh, saya mimpi kena gigit lintah dekat tengkuk belah kiri semalam. Oh, my saya paling geli lintah. Hari tu pacat panjat selipar saya pun dah menjerit macam gila. Bukan main-main, saya memang tak suka pacat/lintah. Geli weiii and oh, lintah dalam mimpi saya tu, saya cuba cabut. Tanggal, tapi gigi dia still tertinggal pada tengkuk.

Saya terjaga sebab tangan sendiri mengibas-ngibas tengkuk secara kasar. How bad was that? Euw!


Kerjaan

What?

Kelakar pun ada, kesian pun ada.

Anyway, ada lah sorang ni, duk sibuk-sibuk tayang "hasil kreativiti" dia kat fb. Dia buat kad. Lepas tu siap offer sesiapa yang nak buat kad boleh la tempah kat dia, nanti dia buatkan dan ada caj la untuk kad2 tersebut.

Ok, sound decent. Ramai orang jual barang & services dalam fb. No issue there.

Tapi isunya ialah,

1) dia buat creative work. And the artwork was not original. I dont know whether dia aware pasal copyright ke tak. Dia just google the images, mana yang dia rasa menarik, dia just rearrange them print it out, tambah wording sana sini and tada..jadi kad. Jual, gain profit from it.

2) Dia print hasil kerja dia kat opis & guna printer opis. Ok, ini tak boleh diterima la. Unless, dia bayar printing charges pada company tempat dia kerja tu. Tapi, bayar ke? Macamana dia kira, 30cent per page? Macam tu? But still, kalau dia bayar pun dont you think its fair pada staff yang lain?

Buat kerja-kerja kreatif dia masa time ofis tu boleh letak tepi la sebab rasanya, orang lain pun ada masa mengular jugak tak banyak sikit tu mesti ada. So, its not a big issue lah kan.

Kelakar juga bila dia kata sampai tak tidur malam sebab memikir idea macamana nak buat kad-kad dia tu (sebab ada kawan dia yang tempah). Hasilnya, no offense rasanya baiklah disuruh orang yang belajar design & kreatif bebetul yang buat. Adalah yang nampak ok, tapi yang macam childish sangat pun ada juga. Tah lah, mungkin saya tak remaja dah kot nak terima design-design serabut macam tu. Lepas tu siap cakap "pendapatan halal" dalam ayat promo dia. Rasanya secara kasar macam tak berapa nak halal kalau dah macam tu.

I dont mind kalau dia nak cari side income. I do encourage people to do it. Takde nak jelous ke apa. But make sure you do it in right way. I admit that I also use the printer for personal purposes. Tapi, bukan untuk jual hasilnya pada orang lain. Thats way too wrong.

Thats my 2 cent lah. Enough of rambling, mahu mandi now.

Tuesday, January 3, 2012

Lécrácsos Gát

Malas nak mushy-mushy la.

Macam tadi, ada member lama tegur difb, katanya dia sudah pindah.

Saya: Pindah mana?
Dia: Dekat je dengan ko..
Saya: oo..ok

.
.
.

Dia: Tau ke kat mana?
Saya: Ko tak bagitau mana aku nak tau..

Masa ni dalam hati dah macam malas. Malas nak tanya lagi. Kalau nak bagitau, bagitau saja, kalau taknak takpelah.

Dia: Tengoklah status aku check in

Pulak dah. Nak suh teka-teka memang malas dah tetua ni. Banyak lak tu check in, mana nak tau yang mana. Oklah, basically dah tau la dia kat mana, but still payah benar nak bagitau tu kenapa. Ko ingat ni zaman remaja nak teka-teka sambil giggles macam nampak jejaka kacak? Herh!

The other day, ada borak dengan sorang member ni. I mean, dia pernah kerja (and still back & forth to Singapore kot), sebab hari tu ada plan nak ke Singapore lah kan. Jadi saya tanya dia, manalah tau boleh membantu. Tapi nan ado..gagal.

Saya: Ever been to USS tak?
Dia: USS apa tu?
Saya: Oh tatau, ok then

Oklah, tak tau takpelah. still, malas nak mushy mushy lagi. Ko tatau fine lah. Aku gi tanya orang lain yang tau or boleh google je.

Dia: USS tu apa?

Dia buat tatau atau memang tatau atau google dia rosak ke apa tak tau la. Bila saya bagitau USS tu apa dia jawab

Dia: I panggil uni studio je, maklum la orang kampung je.
Saya: ok..

Saya ok kan saja. Malas nak memberikan kata-kata yang menyedapkan hati. Malas nak tanya lagi, even ko dah pernah pergi 8 kali pun. Lantak le kalau dia assume saya menyetujukan apa yang dia cakap tu. Terasa? Pergi duduk di sudut sana dan sedapkan hati sendiri.

The heck apa kaitan orang kampung dengan tak tau USS kot. Theres no orang kampung or orang bandar dalam kes ini, just orang yang membaca & ambil tahu dan tak je.

Jangan annoying sangat. Sikit-sikit pun saya tak suka. Inikan pula banyak, kah kah.

Saya suka lelaki kidal lah. Eh, tetiba & waiting is so stressful!


Oh, welcome abroad 2012. Challenge accepted.


Thursday, December 29, 2011

Tõmme


Oh, Lord..please give me some mercy.

Oh yes, thats what I would scream out loud sometimes. I dont hate my job, but sometimes I really hope that they dont stress me up with all the silly things. Really people, thats the toll you have to pay being the only girl in the office.

Like today, I dont go to the office. I took a leave and just stay at home, but still I'm doing the work that my boss aked me to do. Thats fine, its not much so I just do it.

They know that I'm not working but my phone keep ringing and they asked me something that I can say ridiculous things like;

"Who's in the office?"

"What is the office number?"

"Is X in the office today?"

"X is in the office.." D'uh..good then, I answered

"How much is the total debt that our client owe us for IS"

Like come on. I've email like too many times boss. Dont you read the email. Lucky me that I remember the figure (grossly). When I gave him the number, he said, oh yea right. Like seriously? Are you testing me or something?

Thats why I have to have full mojo to start doing my work. Because I need to go very detail about every single thing or I wont do any.

Hoh. Time to get my vanilla oreo weekly dosage drink now. My back pain is still here. Its been 4 days now. Its ok sometimes but it come back later. I've put panaflex but it doesnt really work. Wait till I try tiger balm plaster later. Iklan much kan..



Friday, December 16, 2011

Oferte

Pernah ke pernah?

Semangat pergi beli tiket wayang. Semangat nak tonton wayang. Siap pilih seat, bayar di kaunter tiba-tiba tiket hilang. Entah jatuh dimana, bila trace balik laluan, memang tiada bayang lagi.

Down tak rasanya? Kecewa kan?




Inilah, inilah filem yang kami mahu tonton itu.


Mesti ada orang dah jumpa dan ambil seat kami :(


*

*

*

*

*

*

*

*

Songlap sepatutnya lebih depressing. Lebih bagi saya stress dan depressed. Bagi saya geram dan marah sehingga meruntun jiwa. Tapi tak sampai ke tahap itu. Sebab itu yang saya expect. Tapi oklah, saya suka.

Tiada orang songlap seat kami juga, kami buat muka tak malu tanya di kaunter. Nasib baik hafal no seat. Mereka bagi kami masuk tapi kalau ada orang claim tiket, kami terpaksa dihalau keluar. What? kami bayar ok tapi err..cuma tiket hilang.

Dalam 15 minit cerita bermula, ada 2 orang datang ke arah row kami. Cuak juga, saya fikir cuma tinggal 1 kerusi kosong, rupanya ada 2 dan itu seat mereka. Phew. Senang hati sampai habis sebab semua orang jujur. Terima kasih.

Thursday, December 8, 2011

õnnetus

*blush*

I watched Twlight Saga: The Breaking Dawn Part 1 the other day. With the boys. They wanted to watch it more than I did, for real. I watched Twilight, none in between and back with the recent.

I watched Water for Elephant yesterday (but I didnt finished it because I cant stand animal cruelty), not because of the main actor but I got nothing else to watch. Ironically, that his name was Jacob in that movie. Handling the animals.

Anyway, Water for Elephant reminds me very much of Christina Aguilera vc 'Hurt'. =)

I listened to Too Phat all day yesterday. And this morning, Mel Maureen was on a drama. I googled her. Found her tumblr, she writes, sew, bake and smart.

The word Melayu derives from the Sanskrit word "malaiur" which translates into “land of mountains”.

Found that in her tumblr. I like that it means land of mountains better.

Later on tv, I saw a TV3 advert using Clap to This song.

=)


Thursday, December 1, 2011

Entri Bergambarajah

Mahu membersihkah gambar-gambar yang diambil secara random melalui fon asalnya, lepas tu rasa macam ok juga kalau letak disini sambil bercerita. Here goes..




Aiskrim magnum. Selepas choc truffle, almond dan yang ini yang ke-tiga dalam kelompaknya yang saya makan semalam untuk dinner. Classic.



Ini kura-kura sesat. Saya tengah buat apa ntah, tiba-tiba mak saya kata ada kura-kura kat pokok kelapa. Apa lagi terus snap snap post kat twitter. Haha. Lama tak tengok kura-kura besar.



Hamboi sangat ko kan. Diva bukan main lepak atas tv. Rumah acik pakai tv besar gedabak lagi, bapak ku belum mahu invest beli LED TV. Kah kah. Jadi musim-musim hujan ni, tuan puteri ni ambik kesempatan berdiang atas tv tu sambil-sambil melihat pemandangan di luar. Sekali mak saya sound terus lari lintang pukang. Mak saya dengan kucing memang tak pernah nak ngam sejak zaman dahulu lagi.


Selamat datang ke Seremban semua. Wah, datang Seremban pun nak ambik gambar. 2-3 minggu lepas kot kejadian ni. Hari Jumaat, oleh kerana sangap tatau nak buat apa, kami mengambil keputusan untuk pergi lunch dekat Seremban. Padahal makan mee rebus je. Macamlah Bangi takde jual mee rebus kan. Sampai ke Seremban perginya. Lepas tu encik-encik sekelian pergi solat jumaat, saya kena tinggal sorang-sorang dalam kereta. Huhu..


Agree, no?



Us. Bukan senang nak ambil gambar begini ye puan-puan. Ini masa manage satu dinner event kat SACC sebelum raya haji haritu. Excited acik di depan sensorang begitu dan lihat, who tried to raised himself up to level the height same as others. Haha, nice try but it didnt work la bro.


Entiti bergambar bersama artis. She was the mc that day la. Gambar yang gagal cuba lagi tahun depan.




Colmar Tropicale. Like this!



Daging korban overload lalu dijadikan sate.


Itu saja terima kasih.



Monday, October 31, 2011

Statement







p/s: Only if the 2nd word exist, I have these 2 in me all this while!

Oh!

Oh, we went to Bukit Tinggi last sunday. Its a spontaneous plan. Aben asked me, either Lentang or Bukit Tinggi, I said I never been to Bukit Tinggi, so Bukit Tinggi then.

We went to the French look a like building area. Taking photos, watching dance performance, tour around then moved to Japanese Village.

I didnt know that the village is up on a steep hill inside the jungle. How inconvinient with mosquitoes and all. Especially now, wet season.

Its pretty tiring when you have to walk for quite a distance to get from one place to another. I was thinking its good if someone can give me a lift.

Suddenly I asked the boys, whether they ever watched Akantare.

No. Never heard.

Japanese tv series I said.

How about Oshin? Maero attack?

No.

What?

We watched Gaban, Satria Baja Hitam, Ultraman.

D'uh!

How come they never watched it. Its like the best shows ever.

Oh, thinking about it, theres major gap between born in early 80s and late 80s. They probably just know how to run around at that time whilst I already watch Japanese drama series. Another d'uh!



Friday, October 21, 2011

Nina Nina..

Nina lagi. 2-3 kali juga saya dok bercerita kat twitter yang saya duk la tengok video dia je lately.

Sangat cute le budak ni. I just discovered the video kat youtube recently. Tapi video ni dah lama ada. Ada banyak videonya. Ayah dia record pasal dia since umur dia 11 bulan. Skang dah 6 tahun. Gigih. Kata ayahnya, nak tunjuk kat orang kampung dia back in US.

Nina ni from mixed parentage. Bapak dia dari US, mak dia orang jepun. Married and live in Japan. Bapak dia boleh cakap English (obviously) dan jepun juga.

So this Nina, kat rumah ayah dia speaking dengan dia while her mom speaks japanese. By the age kurang 2 tahun, dia dah boleh paham english & japanese. Best ah jadi budak ni, bapak dia best gila. Dah la cute, bijak pula tu. Nampak la dia terdidik dengan baik.

this is Nina. *bows*




Ini video yang saya suka. Berlakon dengan parents dia, jadi librarian & jual donuts at the same time. Sangatlah penyabar. Time ni umur dia dah almost 6. Lepas tu video 6 years of Nina tu tunjuk perkembangan dia dari baby sampai 6 tahun. Tengok muka dia transform each year. Nice.

Woh, kalau saya ada anak (hopefully), dia kena master at least 2 bahasa juga. Kalau kawin dengan orang yang his native language is not english or bahasa is even better. My kid(s) can master 3 different languages. hebak ah!

ps: me twitter @siskinny

Thursday, October 20, 2011

Jahit

Semalam ada launching Repsol brand & media brief. So, our team dilantik to run the event lah. Lama takde event since sebelum raya, so agak excited le bila ada event baru ni kan.

Launch rabu tengahari, so pagi esoknya dah kena ada la kan. Lewat petang selasa baru OM bagitau we need 20m x 20m kain to cover to Repsol products. Meh, mencari la saya kedai kain sekitar sini. Baru perasan kedai kain ela tak banyak kat Bangi ni. Baju dah siap banyak la. Troublesome juga. Kedai ke 3 baru jumpa kedai kain ela dan kain dikehendaki ada. Fuhh, nasib baik sebab hari dah lewat.

Kain setel, tapi mana nak cari kain 20 x 20 kan. Tentulah nak kena jahit pula. 4 keping kain 5 meter nak sambung secara melintang sesama sendiri. Mana pulak nak cari tukang jahit time-time macam tu. Lepas tu orang kedai tu kata kat atas kedai dia ni ada kedai alter. Dia suruh try tanya, kot2 la dia mau jahit.

Saya naik, kakak tu kata dia boleh jahit, tapi ambik masa sikit la sebab banyak nak jahit time tu. Paling cepat esoknya baru boleh dapat. oih, esok awal-awal pagi dah kena deliver ke Shah Alam, how la? Sebabnya dia sorang je kat situ menjahit. Kena la tunggu kan.

Tapi kakak tu baik la, ramah tamah gitu. Lepas tu saya offer la, biar saya jahit sendiri. Janji sambung sudah. Hah, dia kata boleh lah. Pakai mesin jahit tepi je. Heh, mesin jahit tepi kacang je la. Mesin dia pakai benaang jahit biasa, bukan benang polyester tu. So kuat la kalau jahit tepi je pun. Zrapp..je. Zrapp pun lama juga nak mengerjakan sebab kain panjang sampai 5 meter peh tu 4 keping kan. Kain jersey lak tu. Berat.

Sambil jahit-jahit tu, saya tanya juga la pasal bisnes dia tu. Dia buat alter jeans la mostly. Alter baju pun ada. Alter je la, dia tak buat baju. Alter pun tak menang tangan juga. Banyak pula lepas raya ni katanya. Rezeki kan. Nampak macam simple je, tapi income boleh tahan.

Lepas tu dia bercerita pasal tukang jahit dia lari. Budak, muda lagi baru habis sekolah gitu. Sibuk nak bercinta katanya. Tau-tau dah hilang. Gaji 1k dia bagi. siap carum EPF & SOCSO lagi. 1k tu bersih budak tu dapat. Itu pun tak reti bersyukur lagi. Haih, entah la orang melayu ni. Pikir nak senang sekejap je. Tak reti nak pikir panjang.

Sebab dia buat alter, orang hantar kain baju seluar pelik-pelik la. Kalau takat nak kecikkan or nak besarkan tu normal la kan. Ini nak sambung buh ropol-ropol la. Macam-macam. Lepas tu yang jenis duk ulang suruh tampal lubang seluar koyak. Nak reput dah katanya, still nak suruh tampal. Seluar trek yang dia tengah jahit time tu, dah 2 kali dia tampal. Tempat yang sama lak tu.Seluar budak. Bising dia, rumah ribu-ribu boleh bayar, seluar anak tak mampu nak beli. Kadang-kadang sampai tak reti nak caj katanya. Serba salah juga.

Hurm..saya pun cerita la, mak saya pun macam tu kat kampung. Kain dah boleh buat kain buruk, pun nak lagi suruh tampal. Tak tau la nak kata kedekut ke, memang suka susahkan orang ke, jenis sayang barang ke. Kami bising juga dengan mak, tapi tak sampai hati katanya bila orang mintak tolong sangat.Padahal duit banyak tu.

Oh, masa saya menjahit tu, ada customer lain datang siap tegur kata tukang jahit baru ke. Saya senyum sajalah. Penat kakak tu nak menjawab katanya saya tumpang jahit sendiri sebab nak cepat. Nasib le tau jahit sikit-sikit. See..skills will help you in crucial time like that. So, banyak-banyakkan la skill yang ada. Saya ni kalau terdesak bertukang pun boleh. Ada pangkin kat kampung tu saya tukang sendiri je..

Monday, August 15, 2011

Yuckss

Caution: This is gross

Hi.

Have u ever throw up while driving. Or driving while throw up, which ever had happened to you. I mean you're behind the steering not on the passenger side or back seat.

Little did I know, it happened to me this morning. I ate a lot for iftar yesterday. I had rice, tomyam campur, bbq chicken, grilled fish, sambal tempe, murtabak, watermelon, kurma, buah salak, air limau ais, lots of water. Yes, having meal at home is heaven. I stuff too much food until I cant barely breath, which is rarely happened. Not even at any iftar gathering with spread of buffet dishes before.

Everything was fine until I was on my way back to Bangi this morning. Well, it already felt weird when I was having no. 2 at home this morning. It contains lots of water. Less solid stuff (ok, now it sounds gross). But I guess that nothing much, maybe because I consumed too much water the night before.

So I drove back to KL. My tummy starts to feel uneasy, so did my head. But I can still drive with no disturbance. Not until I passes Gombak toll. My mouth started to feel watery and I knew thats the sign of 'i'm gonna puke soon'. Luckily I still have my sane mind with me. I grabbed a plastic bag at the backseat and I puke almost immediately once I place it at my mouth. And the best thing was, I did not stop my car at all and continue driving with one hand holding the steering, another hand hold the plastic bag while my trachea and my mouth doing its job. Yuck. I did collect lots of produce almost half the plastic bag.

I only stopped at the Petronas station at Ulu Kelang area. Cleaning my face (luckily, it doesnt spilled anywhere at my shirt or tudung - I'm a professional puker even though I was driving all the way). And dumped the produce at the garbage bin there. I felt a little better after that and continue my journey to my office.

I reached my office around 11. I was thinking about just go back home and sleep all day but my boss called on my way and I have to get to office no matter what to settle things. I just take a little nap at my office surau.

I know it from before but I usually just ignore it. I have an extra sensitive tummy. Sian little belly, makan banyak sangat tak boleh, salah makan lagi tak boleh. I remember when my sister majlis kahwin last month, I was having this extra terrestrial stomach pain the next day after the event. All day! I dont know, maybe I ate food which was not covered or something, you know, when theres too much nasi & lauk pauk, we tend to lost control of the quality. But not all I guess, its just me. Because no one having stomach ache the whole day except me. D'uh!

Now, I dont know what to eat later. Maybe I just find some bubur for me. And ice cream because icecream taste good. Ok, time to go back now bye.


Monday, May 16, 2011

Berat



Oh ok. I just moved to a new house again. Its already the third time in 8 months. Gila. Macam orang nomad dah ni asyik pindah randah. Penat woh berkemas. Hari tu angkat TV besar gabak (21" je kot tapi sebab bukan plasma apatah lagi LED) maka pinggang telah sakit keesokan harinya. Nasib baik rumah bawah saja tak perlu panjat tangga. Gagah weh..angkat dari kereta masuk dalam rumah dan naikkan atas meja. Terhegeh-hegeh si kurus ni sorang-sorang. Nasib baik tak give up dan hempas tv tu ke bawah.

Balik kampung 2 minggu berturut-turut. Keh keh keh. Lama tak buat perkara begitu. Kalau tak..sebulan sekali pun payah sebab event bertimpa-timpa. Balik rumah ayah suruh tolong angkat simen. Dia kata sebab saya kuat. Kuat tara mana tahnya. Nak buat macamana, tak ada anak jantan. Kena la tolong. Berat woh beg simen tu. Tapi ok, kali ni tak sakit pinggang lagi.

*saya pernah pikir apa kah nama lagu yang saya dengar di radio pagi tadi. Lagu tu jarang la pula keluar radio tak macam lagu Katy Perry tu. Apakah namanya. Style nyanyi macam Crystal Bowersox tapi tak sure siapa yang nyanyi sebenarnya. Eh, boleh pening pula memikirkan lagu apakah.

Sunday, March 20, 2011

Doze Off

Sejak event back to back ni. Seminggu sampai 3 event to handle kau! Masa tidur sudah tak normal. Memang biasa sangat stay up sampai jam 3-4 pagi lepas tu jam 9 sudah kena masuk ofis semula. Kalau stay up for meeting/discussion ok lagi. Kalau time setup lebih penat sebab kena buat kerja lebih berat dan banyak bergerak.

So, sleeping is so scarce nowadays. Sleeping pattern pun dah berubah. Kalau dulu memang payah sangat nak tidur kalau tak ada proper place, sekarang tidak lagi. Kat mana-mana saja boleh tidur selagi ada kesempatan. In moving cars (dulu susah sangat weh nak tidur dalam kenderaan bergerak), at workstation while waiting for my colleague, dekat tanggalah, event on the event day itself boleh tertidur sebab penat sangat.

Ni baru saja balik dari Melaka. Banyak sungguh bergerak sampai kaki pun sakit-sakit. Penat weh. Event habis jam 12, lepas dismantle semua mereka terus ajak balik. Baru saja berangan nak meluruskan pinggang atas katil hotel, dah kena pack untuk balik. Apa lagi, tidur sajalah sepanjang perjalanan. Kebetulan baru lepas makan panadol sebab selsema & sakit kepala. I was under drug influence, memang tidur je la. Even the driver singing his heart out just to fight the sleepiness, I didnt even care. Tidur lagi baik. Haha.

Tadi siang tidur saja. Ini pun rasa tak cukup tidur lagi. Badan pula sakit-sakit. Nak sapu minyak panas kemudian tidur sampai esok. Tidur selagi ada kesempatan. Lepas ni tatau lagi bila boleh tidur banyak macam ni. Wohooo!

Wednesday, March 2, 2011

Saya Penat, Saya Ok

Minggu yang hectic telah berlalu. Ahkirnya. Yay.

3 event dalam seminggu. Memang agak gila sebenarnya. Dengan perpindahan yang berlaku lagi. Habis tenaga sudah. I just need a break lah. Get away to anywhere. But checking the calendar event, we got event almost every week. Seminggu 2-3 event pun ada. Macamana nak pergi bercuti. Nak balik kampung pun tengah mengira hari ni.

Oh, I just get back from Kuantan for Ride it Right event. Total work and no play. Masuk bilik hotel pun betul-betul untuk mandi dan tido saja. Seminggu tidur jam 4-5 pagi sebab buat preparation for all 3 events tu. Siang kena masuk opis macam biasa. Malam pergi meeting/setup. Aiyoh, zaman belajar pun boleh rilek-rilek tidur banyak, time kerja pulak kena bersengkang mata gini. Nasiblah surrounded dengan orang-orang yang menyenangkan. Takde komplen banyak.

Kuantan adalah sangat panas ye. Makin hitam dah ni. I guess the waether consultant works really well la. Berkesan sangat sampai tak mendung sikit pun. 5 petang pun terik lagi. It makes me dehydrated and my energy was sucked out all. Penat sebab panas sangat. Padahal kerja takde sangat pun. Luckily malam ada konsert yang meriah. Crowd turn up pun memang ramai gila lah. Seronok tengok, especially when you're sitting right next/in front of the artistes. The perks of being the committee la kan. Siap sing along together. Nice.

Yang tak bestnya sebab tak boleh ambik gambar. Kamera rosak & hondphone buat hal semua. Its about time kena beli phone baru la. Phone sekarang tak boleh end call how la? Kena bagitau other party to end the call after each conversation, or else I have to shut my phone down. Pelik-pelik la semuanya.

Pinjam gambar dari Ride It Right

Tengok event calendar semula. 3 major events in a week akan ada lagi this month. Perkara yang sama akan berulang la nampaknya. Kerja teruk-teruk gini kalau tak kaya gak tatau la. Penat weh!


Thursday, February 17, 2011

Crazy!

Life is super messed up right now, I cant even think properly. I hope this is the last thing that i need to deal and 2011 is so fast I need to catch up faster.

I got and sms from my ex-student. The ever pretty Nikki, which says;

"Tq saya sihat juga. Awak habis dengan university belajar kini? Atau x? Dimana awak tinggal sekarang? Kd?"

Ok. Good try Nikki. Your bahasa is quite good now even a bit tunggang terbalik. At least I can understand it. Oh, Kd is Kota Damansara. I used to live there when I was teaching her. I should go visit her one day.

I need to read books again. Its pretty sad because once I finished study, I dont read book that much anymore. Mostly just depends on internet. I need to read books. Good books I mean. I should go buy one later.

I also need a very good vacation. Away from all of these crazy stuff. Its really crazy even I dont get it sometimes. About time now, about time.

Argh!

Friday, February 11, 2011

My Oh My!

We talked for hours yesterday and I didn't realised that I did this.


I've been through so many unexpected things lately. Banyak benda pelik-pelik woh. Benda yang boleh bikin jantung gugur some more. Hows that? and the most recent one ended up me shedding tears in the middle of night. Yes, when you're super tired after a long day at work and you're in deep sleep after that, its the shock that makes your brain didnt function normally and that leads me to cry like a baby. But after I thought about it, I shouldnt have to actually. Its not my fault afterall and laugh about it the following day.

The good thing about it, I did learn a lot. Yes true that. I have to expect more of the never unexpected thing, when I guess I did enough all this while.

Thanks to the people that lending their ears listening to the story about the not so unlucky me. My super sporting colleagues and yes, my boss too. Call saya sampai almost kena saman dengan polis. Lawak sungguh la. Hey, I told about it and just wanna say it again, I would never ask for any other boss. Honestly.

Ga..the unlucky me. Maybe theres something wrong with me kot.Patut kena mandi bunga ni. Haha. Anyhoo . Maybe tak cukup bersyukur rasanya. Tak solat dengan baik. Tak baca Quran enough when my mom never fail to remind me to recite it every time after solah. Kat kampung boleh je jadi rajin tapi balik sini semua jadi malas. Huhu.

Eh, tapi bunga smells good. Kalau mandi bunga mesti badan jadi wangi kan. Mau buatlah gini.

Hehe..

Monday, January 24, 2011

Membebel

1) Dah tulis kot dulu. Pasal typo ni la. Berleluasa all over facebook. Be it teacher or some so called 'executive'. Lepas tu trying too hard to write in english. Lepas tu salah eja pula. At most of your status. Rasanya setiap kali tulis status mesti salah eja or grammar error. eg:

"i miss my girlfriend's so much"

Your girlfriend's what for fu** sake. Her boyfriend or what? buang apostrophe tu baru la betul sikit bunyinya.

"my causin wedding"

Apa causin. cousin la. basic sangat kot. Lepas tu tulis banyak kali but still salah.

Heck!


Oklah, my english is not so good either, sebab tu tak rajin nak tulis status in english. Tulis kat sini buat-buat bijak je. Lagipun bukan ada orang nak baca sangat.


2) Harassing the FB dengan status update in every each second. Luahan perasaan itu ini. Komplen everything this and that. Lepas tu jenis tulis status like:

"biarlah mereka mengata, aku bersyukur dan gembira dengan kehidupan ini..bla bla bla.."

Woih, ko kenapa? Ramai sangat ke yang mengata ko nih. Everytime nak tulis status jenis macam ni. Ini FB kot. Dah la jenis rajin add orang, tak kira kenal sikit pun mau add, pikir la sikit dah la eja asyik salah, pastu asyiklah mengupdate status every second. Even ko tu memang takde keje nak buat kat office, tapi jangan la obvious sangat kot. Dah la segala boss pun ko add. Tak segan ke.

3) Kalau dah rajin sangat nak update status every second, baiklah ko buka akaun twitter. That is meant for status update, update la sebanyak mana pun. Tapi kalau jenis suka follow orang ramai-ramai lepas tu duk update status kau saja. Sama juga. Orang pun menyampah. Buat semak timeline semua orang saja. Kena buka blog la agaknya. Boleh tulis luahan perasaan tapi masih menggunakan internet.

Ingat nak delete je orang yang macam ni. Tapi kenal kot, kang obvious sangat kalau delete. Satu perangai keji saya ialah, I dont add stranger on FB. At least mesti kenal even sikit pun. Kalau tak pernah jumpa tapi at least dia jenis yang rajin tegur online. Kalau ada stranger yang add, either ignore or add sekejap, sebab nak tau dia ni siapa, muka macamana, datang dari mana. Lepas tu delete.Kalau tak ada gambar memang lepas tu straight away remove from friend list. Hahaha. Memang keji la. Yelah, dah la sibuk nak add, tapi nak misteri-misteri pulak. Memang tak la. Sebab tu lah saya privatekan FB.

Hu. Itu je kot nak membebel kali ini. Lain kali kalau saya menyampah pasal apa-apa lagi saya akan tulis sini. Keh keh keh.








2 Things


1) Its good to be back. To be able to eat real food and have a real good sleep. 2 things that I always miss when I'm away for work. Its normal for not sleeping for at least 24 hours and just having fast food (an extra expensive..urgh! - even its not my money, but still I cant stop thinking about the food prices) on every meal. Yucks. Its hectic. I know.

2) I dont know, was it the weather, the water or the bedsheet/blanket. I got rashes all over my body after staying 2 nights at the hotel. I cant stop scratching myself. Itchiness all over. Another yucks. Yeah, I got extra sensitive skin.

I wanna go hoooooooooome. Cepatlah CNY!