Wednesday, July 28, 2010

Bikes Bikers

Normal thing that happens when you hang out with bikers.

I mean superbikers. Like this one.

=Flag Off=

They talked about superbike.
They talked about superbike.
They talked about superbike.
They talked about superbike.
They talked about superbike.

and they smoke a lot and I have to tahan for 5 days.

But being 'miss always want to know everything' like me, I asked so many questions until they need to discuss the answer. Haha.

In the end they persuaded me to buy one. And what the fun? Superbike is not even in my wish list. Maybe many more years later, when I have so much money and still alone, I can have one and riding alone like what Kak Nor is doing now. Inspiration......

= Hey ya Kak Nor!=

But yes, for me sharing knowledge and experiences always be a very interesting session. They had be so many places (Asia, Europe, Australia-you name it) just by riding bike. So many stories and yes, I learnt a lot too.


Oh, one more thing. You can feel like VIPs too. When they stop all the traffic (or at least they make sure theres no other vehicles blocked our way) and we just press the accelerator without even bother about braking. Haha. Plus we can arrive earlier safe and sound.

= Get out of our way please..=

Yerp, that was the best part driving with bodyguards (with superbikes).

Haha.

Tuesday, July 20, 2010

Hiatus

Selera makan semakin berkurang la sekarang ni. Mungkinkah sindrom pra puasa telah bermula. Sudah malas untuk makan. Hari ini saja sudah 9 syaaban. Kurang lebih 20 hari saja lagi ramadan. Erm..mungkin juga sekarang ini 'auntie flow' sedang buat lawatan. Jadi selera semua hilang entah pergi mana. Lepas tu bila timbang, berat telah menurun secara mendadak. Terus jadi marah kepada penimbang sebab bagi result yang tak best.


Kek birthday Cik Misya. Tiramisu by Secret Recipe. Saya ambil satu slice nipis saja. Itupun tak habis plus I really can't stand coffee la.

Oh, saya akan berkembara ke negeri pesisir pantai selama 5 hari bermula esok (ale..miss la 1n2d minggu ni nampaknya..). Semoga saya jumpa makanan sedap-sedap untuk di top up ke dalam perut dan bila timbang selepas itu akan tersengih saja.


I was so shocked when heardthe news about Kak Dalilah (I almost burst into tears). I read her blog and I knew she was being tested in a very hard way. I didnt know her personally but I did email her few time to seek some advice when mak was so depressed after her operation few years ago. She replied all my emails with good advice and I thanked her a lot for that. She also forwarded some good emails for me to read and I was able to be her friend on facebook. I watched her in 'Sehiris Peria Secawan Madu'. When I saw her on tv, I was amazed with how strong she was. She didnt look unwell at all. I never thought that she'll be leaving this soon. But anyway, Allah loves her more. May she'll find peace in there. Al Fatihah..

Friday, July 16, 2010

Bahasa

Semalam cerita pasal typo kan. Hari ni jumpa pula buku Koleksi Lembar Bahasa. Ada beberapa buah. Ni mesti budak-budak pergi Dewan Bahasa hari tu. Sampai siap bawak balik buku-buku pedoman semua ni.

Saya selak-selak la buku ni. Bagus untuk check ejaan Bahasa Melayu. Especially bila buat report kan and even sometimes suratkhabar pun saya tengok ada tersalah eja. Oh, sekarang kalau nak gantung banner atau iklan segala kena submit dekat DBP dulu untuk check ejaan, ayat segala. Kalau macam pelik je bunyinya, kena buat balik sampai la DBP puas hati. Kalau tak, sampai bila-bila la tak boleh gantung. Mau kedai dah tutup bangkrap, iklan tak gantung-gantung lagi.

Ok, mari tengok sneak peek sikit




Siap ada tulisan jawi lagi. Yang paling kiri ejaan yang salah. Tengah yang betul ya. Tengok, bukan kimoterapi ye, tapi kemoterapi. Baru saya tahu.

Kraf tangan di eja berjarak. Bukan satu perkataan.

"Pakcik saya mahu martabak di bulan ramadan 1!"


Dan lain-lain. Banyak juga yang saya rasa ejaannya sudah betul, tapi sebenarnya salah. Boleh semak buku ini. Saya pun bukan habis khatam pun lagi. Baru belek-belek saja buang masa. Oh, ini edisi terbaru 2010. Percuma saja rasanya di DBP.

Oklah. Selamat berhujung minggu sambil menyapu losen dan makan kubis. Heheh..



Thursday, July 15, 2010

Random III

I hate typos (or intended ones). Saya tahu ramai pun benci benda ni. Tulis shortform melampau-lampau bercampur huruf dan nombor dalam 1 perkataan. Dah macam formula kimia pun ada. Kalau budak-budak baru nak naik tu boleh terima la lagi, ini umur dah macam mak/bapak budak, menaip pun tak reti-reti lagi ke. For keyoard's sake, you're using QWERTY keyboard, semua huruf ada, tekan sekali dah keluar. Kalau standard shortform tu oklah lagi. Ini semua perkataan nak short form. Kadang-kadang sampai tunggang-langgang jadi perkataan tu. Dah la shortform lepas tu, to make it worse, salah ejaan pulak. Oh please la check your spelling before submitting it. Dah terbiasa sangat nanti sampai buat kerja, hantar report pun pakai shortform. Huuu..I can't deal with typos la. Kalau sampai kat saya, terus je saya akan tulis, Please check your spelling! Besar-besaran.

Saya skema in certain way juga. Oh, I just hate orang buang sampah merata-rata. Sebab dah di ajar macam tu kot. Kalau kat rumah, ayah saya akan marah bila orang buang sampah dekat laman rumah kami (sebab memang duty dia sapu sampah keliling rumah). So, siapa buang sampah dia akan suruh kutip. Tak kira lah siapa pun. Masa kat sekolah pun cikgu ajar jugakan. Kalau tak ada sangat tempat buang sampah, simpan dulu dalam poket. Bila jumpa tong sampah, buang la. Termasuklah juga buang sampah dari dalam kereta ke luar. Come on la, tak boleh ke simpan dulu dekat dalam kereta tu. Kumpul-kumpulkan dulu. Nanti bila dah stop, ambil sampah tu dan buang la dalam tempatnya. Ini tak sempat-sempat masa tengah drive sibuk la nak buang sampah. Lepas tu, anak kecil pula tengok mak ayah dia perangai macam tu. Nanti dia pulak buat perangai macam tu juga. Sangat menjengkelkan la. Bila di tegur boleh pula di jawab balik,

"Alah, takpelah..nanti orang sapu sampah tu tak ada kerja nak buat.."

Nampak sangat 3rd world country punya mentaliti. Dah la yang kerja sapu-sapu tu pekerja asing. Kita ni duk sibuk nak kurangkan pekerja asing, tapi sebabkan perangai macam ni, demand semakin banyak pula. This is one of the way la. Simple, kau pandai buang sampah, tak payah lagi pakai cleaner asing (orang Malaysia ada nak kerja teruk-teruk macam tu? Jangan kata engkau..aku pun tak nak..) So, number of foreign workers ni can be reduce la kan.

Maybe dia fikir, ala..aku buang sikit je. Tak effect pun. Kalau dia fikir macam tu, it wont effect your car either kalau simpan sekejap dalam kereta. Kalau dah orang ni buang, orang tu buang..lama-lama banyak la. Lepas tu sumbat sana, sumbat sini. Banjir lagi. Salahkan pulak orang itu, orang ini.

Hai la..benda-benda ni lah yang boleh hilangkan mood saya pagi-pagi lagi!



Tuesday, July 13, 2010

Merambang


World cup is finally over. Dah 2 hari baru nak cerita. Saya cuma tonton bermula lima belas minit terakhir masa permainan utama. Dah terjaga jam 2.30, tapi belum ada mood nak bangun. Jam 4 baru bangun. Tengok belum gol lagi. Nasib baik haku tak tonton start 2.30. Pengsan nak tunggu sampai 120 minit plus masa break lagi. Oklah. Spain won at last. Walaupun saya sikit berharap pada Belanda. Huhu. Dah macam main netball pun ada. Sikit-sikit tiup wisel. Kad kuning sampai 13 campur merah 1. Itu yang saya tonton untuk 45 minit sajalah. Sebelum tu tak pasti lah kan. Tak best la referee. Kami mahu Collina. World cup referee paling best sekali. Haha. Who can ever forget him kan.

Habis game almost jam 5. Alang-alang nak tidur, tunggu je lah subuh terus. Sempat tengok prize giving ceremony. Tengok The Oranje nampak sangat tak ikhlas time salam dengan team Spain. Muka masam gila. Takpe, better luck next time ye.

Kesian Belanda tak menang apa-apa. At least Forlan (Uruguay) won best player. Mueller (Germany) menang golden shoes and Spain, of course the WC and fair play (fair ke?).

Dan saya. Padan muka sebab sampai hari ni mengantuk belum habis. Sabtu malam tonton Germany vs Uruguay. Ingat siang tu nak qada tidur, pastu banyak sangat hal. Tak boleh tidur dengan senang. Ahad malam berjaga lagi. Ye, padan muka anda. Orang lain menang anda tak dapat apa pun.


PMS is really bad this month. Panas, jerawat, ulcer lagi. Nak makan susah bila ada ulcer. Lepas tu asyik nak marah saja. Salah sikit nak marah. Memang sangat obvious. Mestilah, dah tak cukup makan, memang asyik nak marah saja. Haha.

Friday, July 9, 2010

Melawat Kilang Cekelat Cantik

Cantik woh kilang cekelat ni. Mula-mula nak pergi yang di Sri Kembangan, tapi setelah kakak kedai frozen food mengatakan ada yang lagi dekat, maka berbondong-bondonglah kami ke sana.

Mula-mula nampak bangunannya, macam banglo pun ada. Mmm..macam hotel. Cantik. Masuk saja, interior memang cantik. Ada cafe belah kiri. Belah kanan ada kedai cekelat. Ada tangga cantik. Langsir pun cantik.

Ok, gambar time..

=depan=

=interior dalam=

=bayar=
=of everything=

Saya suka coklat ke? Sekarang tidak lagi kot. Tak suka la benda manis-manis ni. Rasa melekat lekit je dalam mulut. Masa kecik dulu jangan cerita. Segala jenis macam pesen semua belasah. Tak pernah ambik tau pun dengan artificial flavour or colouring yang tak bagus tu. Oh, ada sekali saya tonton 'The Wedding Planner' kot, yang J.Lo berlakon tu. Ada 1 scene hero dia makan m&m's rasanya. Dia buang semua color kecuali yang coklat saja. Bila J.Lo tanya, kenapa buang yang bewarna. Dia kata sebab ada artificial coloring. Mak dia tak bagi makan. So dia tak makan la sampai besar. Hehe..macam comel je. Hero dia doktor kan kalau tak silap dalam cerita tu.

Lepas tu, its like a big hit on me la. Saya pun dah tak suka benda-benda yang bewarna dan manis ni. I'm not a sweet tooth anymore sampai la sekarang. Atas meja ni macam-macam jenis gula-gula, wafer la, biskut la orang sedekah. Saya tak sentuh pun. Haritu balik kampung saya bungkus bagi Nurain masa melawat dia kat wad.

Oh, pergi kilang cekelat, saya beli sekotak cekelat beharga RM4.10 saja. Orang lain semua borong macam-macam. Cik Misya spent lebih RM30 untuk coklat saja.

Idakla saya..


Thursday, July 8, 2010

Tidur Bangun Tidur Bangun Tidur dan Bangun

Mengantuk

Mengantuk la. Kasi update blog dululah. Malam tadi tidur dalam jam 11 kot. Lepas tu bangun. Sebab hari ni nak puasa kan. Jadi bangun jam 2.30 untuk sahur sambil *ehem* tonton bola.

Masa tengah goreng telur, terdengar orang rumah belakang bersorak sorai. Wah, sudah gol kah? Lari ke depan..eh, baru try. Belum gol lagi. Lepas tu pergi dapur balik, lepas tu dengar lagi sorak. Lari balik ke depan, eh..still belum gol la.

Game malam semalam adalah game kedua yang saya tonton secara penuh. 1st game adalah masa balik rumah haritu. Memang slow lah saya ni. Puas hati sebab kat kampung ada sports channel. Habis segala highlights saya tonton. Hahaha. Takde kerjaan.

Ingat dulu masa zaman diploma, memang kegilaan la tonton world cup (saya bola tonton time world cup je). Time tu gagah je tonton kat cafe bersama Cik Iza (eh, sekarang dah jadi ibu kawanku ni) yang fanatik England masa tu. Tapi masa tu kat Korea-Jepun, so takde la time gap besar sangat. Tapi clash dengan kelas la pula. Especially time kelas petang. Selalu je pergi lambat. Ponteng pun pernah. Keji. Masa tu kalau tanya 1 team bola tu saya kenal dengan nama-namanya sekali. Sekarang jangan harap.

Tahun 2006 saya dah duduk rumah sewa kat Keramat. Time ni tak ada As*tro lagi. Tapi still ada game yang boleh tengok dekat TV kerajaan. Yang best duduk flat, bila gol je gegak gempita tingkat atas, tingkat bawah, blok sebelah dengar orang jerit gol. Kelakar pun ada. Pernah sekali, ada 1 game. Tak ingat game apa, tapi TV kerajaan tak tunjuk. Gagah la pergi turun warung bawah dengan housemate sebab nak tengok bola. Sampai bawah kami 2 orang je perempuan. Pakcik-pakcik duk sibuk menegur,

"minat bola juga ye"

Lepas sorang, sorang tegur. Lepas tu terasa segan. Habis air secawan kami naik atas. Tak dan game habis. Segan punya pasal. Kelakar bila ingat-ingat balik.

Tahun ni saya tak ada favourite sebab tak tonton sangat. Saya sokong mana yang menang je lah. Eh, diorang tak payah main kot. Tunggu si sotong kurita tu je lah buat prediction. Lepas dia pilih terus je bagi piala. Kalau main pun buat penat je. Hahaha. Lawak betul. Macam-macam hal la sotong ni.



Tuesday, July 6, 2010

I'm Back

Been back after 3 days of holiday. Bukan holiday ke mana pun. Balik kampung saja. Seperti biasa balik kampung adalah seronok kecuali lori balak dan little rascal was admitted to the hospital again.

=sleepy after medicine shot=

=She's 12.5 kg. You're heavier that a bag of rice cheeky girl!=


The funny thing about her was, she screamed and cried her lungs out when she saw nurse came with the syringe. She knew it'll be painfull. But still, she willingly offered her leg for the shot. Tak payah suruh. Tahu dah. Walaupun air mata dah menyembur-nyembur keluar. Tak menyorok pun.

After the shot, her mom said,

"cakap apa pada misi?"

with trembling voice, sebab menangis tak habis lagi, she said,

"terrimma kaaassih misiii...hhuuuu"

nangis lagi.


Aih, cepat la baik Nurain. Boleh kita main bola ke, main minten* ke, main buai kangkung ke. Tak best la duk hospital.

Ok?


*minten-badminton



Friday, July 2, 2010

Makan Time

Lunch siang tadi pergi makan di Mohd Chan Abdullah. Pernah tonton di warung kita pasal restoran ni sebelum ni. So, kebetulan dekat area pejabat ada cawangan dia. Maka berbondong-bondonglah kami ke sana.

Sementara tunggu makanan sampai, ambil gambar dulu.

Hari ni kami semua try mee dulu. Orang ramai sungguh. Kalau order lauk pauk tak tau la jam berapa baru boleh makan.

Eh, nampak pula tanganku yang excited nak makan. Hihi.

Makanan dia oklah. Semua macam menarik. Saya makan habis licin. Mungkin sebab lapar agaknya, semua sedap (padahal pagi dah belasah nasi lemak sepinggan).

Nak balik baru perasan yang ada dim sum juga. Aih, tak nampak. Next time kena try jugalah!


Sampai ofis pergi timbang berat lagi. Wah, sudah naik 400gram dari berat waktu pagi.
I like!