Friday, July 16, 2010

Bahasa

Semalam cerita pasal typo kan. Hari ni jumpa pula buku Koleksi Lembar Bahasa. Ada beberapa buah. Ni mesti budak-budak pergi Dewan Bahasa hari tu. Sampai siap bawak balik buku-buku pedoman semua ni.

Saya selak-selak la buku ni. Bagus untuk check ejaan Bahasa Melayu. Especially bila buat report kan and even sometimes suratkhabar pun saya tengok ada tersalah eja. Oh, sekarang kalau nak gantung banner atau iklan segala kena submit dekat DBP dulu untuk check ejaan, ayat segala. Kalau macam pelik je bunyinya, kena buat balik sampai la DBP puas hati. Kalau tak, sampai bila-bila la tak boleh gantung. Mau kedai dah tutup bangkrap, iklan tak gantung-gantung lagi.

Ok, mari tengok sneak peek sikit




Siap ada tulisan jawi lagi. Yang paling kiri ejaan yang salah. Tengah yang betul ya. Tengok, bukan kimoterapi ye, tapi kemoterapi. Baru saya tahu.

Kraf tangan di eja berjarak. Bukan satu perkataan.

"Pakcik saya mahu martabak di bulan ramadan 1!"


Dan lain-lain. Banyak juga yang saya rasa ejaannya sudah betul, tapi sebenarnya salah. Boleh semak buku ini. Saya pun bukan habis khatam pun lagi. Baru belek-belek saja buang masa. Oh, ini edisi terbaru 2010. Percuma saja rasanya di DBP.

Oklah. Selamat berhujung minggu sambil menyapu losen dan makan kubis. Heheh..



No comments: