Friday, October 1, 2010

Punggah Memunggah

Penat woh. Badan sakit-sakit. Malam tadi punggah barang warehouse yang banyak, berat dan bulky tu. Terpaksa mengoffer diri lepas kerja semalam untuk tolong sebab tak cukup kakitangan dan warehouse tu kena handover pagi ni juga. Macamana ni, barang banyak lagi, yang perangai macam-macam hal pun banyaaaaaaaaaaaakkkkkkkk juga. Jadi, kami puteri-puteri lilin ni terpaksalah menolong. Nasib baik malam, boleh pasang lilin.

Bekerja sampai jam 1 pagi. Bangla pun cuti time malam. Seriously, banglas boleh lepak mamak sebelah pakai tuala dan singlet saja sambil tengok kami buat kerja. Banyak gila banglas area tu, siap nyanyi-nyanyi lagu bangla pun ada. Gilalah. I rasa macam bukan berada di Malaysia lagi. Nasib baik bodyguard i ramai.

Ok, mari begambar dengan tanpa bangla.

Ini hari sebelum tau. Dah punggah sikit, baru sebelah tu. Sebelah lagi banyak lagi. Oh, polycarbonate sangat banyak..

Ini warehouse baru. Kecik banyak. Oh, kak Ida angkat kotak saja. Tak berat mana.

Tengok saya jadi mandur. Oh, t-shirt x-pax Celcom "Don" tu adalah sangat banyak berkotak-kotak. Dah lama kot baju tu, rasanya masa zaman saya dengon Celcom kot promotion Don tu. Ada 5-6 tahun dulu dah kot.

Mesyuarat tingkap


Oh, ini kami. Human trafficking nih!


Tengok saja lagi sambil mengerjakan forklift.


=Human trafficking lagi. Bila mahu buat kerja ni?=


Ok, sekarang angkat. Berat betul benda alah tu, nampak je macam ringan


Sampai sakit pinggang


Ok, dah penat, mari pulang!





No comments: