Thursday, November 11, 2010

Aku Mau Pulang!


Raya haji 1 hari saja. Takleh cuti lebih-lebih. Siap bos kata cuti dibekukan sampai hujung tahun. What the heck la. Disebabkan event besar-besaran bulan 12 ni. Hidup semua orang jadi huru hara. Diorang je yang busy. I tak busy ok. Siap lepak-lepak update blog lagi. Huwaa..nak raya kat mana kalau cuti 1 hari saja. Dah la takde sedara mara kat sini.

Charger hp pulak tinggal kat rumah. Hmmmphhh! Semalam time bos call, tiba-tiba mampuh. Siap cakap sorang-sorang tapi takde respon. Haha. Mati rupanya, patut bos aku senyap saja. Sebelum tu hp dah menjerit jerit mintak susu. Tapi, kat ofis takdak charger, abaikan saja la. Balik rumah, kelebek semua beg. Tak ada. Confirm tertinggal kat kampung ni. Nak balik ambik charger, nak ambik cek sekali.

Oh, tadi Asrul the jiran telah mesej kat FB tanya nak balik cuti raya dengan dia tak. Wah..laju je cakap NAKKKK kan. Mestilah, orang offer. Dia pun cakap dia cuti sehari je. Balik petang selasa, rabu balik sini dah :( tapi oklah, janji boleh balik. Woh, sangat syok memikirkan tentang tak payah drive. Seronok! Hati berbunga-bunga taik ayam sudah. Jangan tetiba last minit dia kensel sudah. Mau aku tumbuk gigi baru dia tu bagi patah balik. Hohoh!







Budak nakal mengarut 2 orang. See, bertapa sejuknya bilik saya, sampai berkuap-kuap ok. Pastu, dok conteng-conteng kat situ. En. Ehsan pun join sekali menconteng. Dia one of the manager la kat sini, bilik dia sebelah saya. En Ehsan ni sengal ok. Kadang-kadang tiba-tiba je dia nyanyi sekuat hati. Terkejut mak su ni. Haha. Lama-lama dah immune.

Macam tahap sejuk ni la, diorang paling tak suka masuk bilik saya sebab sejuk. Tapi skang saya dah ok sikit. Dah biasa sejuk-sejuk. Takat nak duduk negara 4 musim tu takde apa dah kot. Hahaha. Berlagak je bunyi. Tapikan, bila balik kampung, pergh..gila rasa sangat panas ok. Berpoloh-poloh den. Dasar tak sedar diri ni, ada yang jadi tanggang pulak kang!


Tuesday, November 9, 2010

Cerita Ceriti

Cuti 3 hari minggu lepas saya berjaya balik kampung. Balik sorang diri. Mula-mula ajak Linda, dia macam nak ikut, lepas tu pagi jumaat mesej dia kata ada hal pulak. Apa sajalah. Saya jalan dulu. Gerak dalam 7.15 am macam tu, belum pukul 10 dah sampai rumah. Syok gila sebab MRR2 tak jem. Haha, bukan senang nak tengok MRR2 tak jem, especially dekat flyover nak ke Pandan tu. Tapi pagi tu jalan clear. Ketawa sorang-sorang dalam kereta macam orang gilak.

Sampai rumah, mak kata ada cek untuk saya. Biar betik, siapa yang baik hati nak bagi cek ni. Rupanya dari takaful. Tak tau cek tu untuk apa, tapi nama saya. Pedulik la, janji dapat duit. Haha. Tapi lupa nak depositkan cek tu sebab semua orang tak nak keluar pergi bandar. Last-last saya pun terlupa pasal cek tu. Baru semalam teringat balik. Hopefully mak tak buang cek tu. Dia tu bukan pasal sangat, time dia extra terestrial rajin tu, habis semua kertas dia humban ke tong sampah. Walaupun sikit je amount dia, but still duit jugak kot. Boleh la beli baju kerja sehelai. Heheh.

Sabtu ini ada exam. Serasa seperti malas hendak pergi menjawab exam sehari suntuk. Lepas tu berasa sangat penat (memang habit, lepas exam mesti flat gila, zaman belajar dulu pun macam tu) dan akan terbongkang tidur saja lepas tu. Tapi kakakku telah berkata;

"Pergila..dah sampai bila nak dapat kerja kerajaan nya kalau tak pergi.."

Macam confirm dapat je kalau pergi kan. Keh keh keh. Tah la..belum membuat keputusan nak pergi ke tak lagi ni. Tunggulah kot dapat wahyu nanti.

***

Oh, ofis saya ni still looking for new staff. Sebab the company tengah dalam expending proses. Imagine, dalam ofis sekangkang kera ni ada 3 major company. Kaya tak kaya bos haku. Tapi haku bila nak kayanya ntah.

So, kami buatlah iklan di internet. Luckily, ramai la yang apply. Saya pun kadang-kadang menyibuk juga nak baca resume yang mereka-mereka ni hantar. The thing is, saya rasa menyampah pula dengan email-email address mereka ni. Tah hapa-hapa nama yang diletak. I mean, its ok lah for personal purposes kan. Ini, dah tahu nak apply kerja, please la create a new email address yang sopan sikit bunyinya. Barulah boleh bagi good first impression. Nama saja lulusan universiti, tak kan benda common pun tak boleh fikir. Dulu, masa zaman saya belajar, last sem siap ada subjek career search. Cara nak buat resume, cover letter semua. Siap signature pun kena signature yang nampak pro tau.

Another thing, since kami iklan few different posts kan, mereka ni sangat malas la nak note kan post apa yang mereka mahu. Dekat email subjek tak ada, dekat email lagi la tak ada. Cover letter lagi la tak ada. Dekat email subjek tulis "resume" saja-saja then just attached resume. Lepas tu nak suruh orang pikir pulak dia ni nak kerja apa. Kang aku letak jadi cleaner kang (kitorang tak ada cleaner, dia lari. chait! dah kitorang kena gotong royong bersihkan ofis beramai-ramai).

Then, kami call untuk interview session. Macam-macam peel la pula. There was one girl, I think kakak dia applykan untuk dia, bila kami call kakak dia, dia suruh kami call that girl herself. So fine, tapi bila saya call that girl. Dia dok jawab,

"Saya tak tau......tak tau...lah"

Semuanya tak tau saja jawabnya. Last-last saya dah fed up then kata,

"takpelah kalau tak tau, bye".

Habis cerita.

Tuesday, November 2, 2010

Dilemma

Tetiba nyanyi lagu Nelly & Kelly Rowland.

Heck. Bukan la, dilemma nak balik ke tak minggu ni kan. Ye la, cuti 3 hari kan. Sambut deepavali. Kita join sekali la. Tapi tak boleh buat keputusan lagi nak balik ke tak ni. Hurm. Oklah, mungkin kita patut tulis the good and the bad things about going back home this week.

Good

1. Jumpa family lah. Sudah sebulan lebih kot tak balik. Sebulan pun kecoh ke? memang pun.

2. Of courselah makanan kan. Suruh Cik Imah masak ikan stim macam haritu ke. Terbaik!!

3. Basuh kereta, baju-baju, kasut-kasut dan semua yang boleh dibasuh.

4. Jumpa Nurain. Wee..boleh sakat dia. Heheh.



Bad

1. Balik minggu ni, raya haji nanti nak balik lagi. Tak sampai 2 minggu pun. Lari lagi la bajet nanti.

2. Balik KL ahad tu pastilah jem yang tidak terkata. Penat la tekan pedal tukar clutch. *Mari mengeluh*



Balik memang best la kan. Tapi malasnya nak drive oh. Naik bas tak boleh angkut beban banyak-banyak, plus macam la tiket ada lagi time ni kan. Lepas tu memang advancer si peniup ney la nak pergi ke pekeliling tu. Macam-macam kenderaan awam nak kena naik baru sampai. Tapi kalau tak balik, aku nak buat apa terhiling-hiling 3 hari kat sini. Oklah, bos ada sebut pasal shooting. Itupun kalau jadi, kalau tak jadi, pergi mandi sungai nak? Mesti mak kecik hati kalau tak balik sebab dah bagitau nak balik haritu.

Kalau tak balik mesti dia call hari jumaat tu nanti pujuk suruh balik juga. Tau dah..

Hehe..


p/s: beli meja kat ikea, tapi tak bagi skru. habis selak, belek, bukak semua dah, tak ada skrunya. yang ada cuma gambar skru saja. heck betul la!