Cuti 3 hari minggu lepas saya berjaya balik kampung. Balik sorang diri. Mula-mula ajak Linda, dia macam nak ikut, lepas tu pagi jumaat mesej dia kata ada hal pulak. Apa sajalah. Saya jalan dulu. Gerak dalam 7.15 am macam tu, belum pukul 10 dah sampai rumah. Syok gila sebab MRR2 tak jem. Haha, bukan senang nak tengok MRR2 tak jem, especially dekat flyover nak ke Pandan tu. Tapi pagi tu jalan clear. Ketawa sorang-sorang dalam kereta macam orang gilak.
Sampai rumah, mak kata ada cek untuk saya. Biar betik, siapa yang baik hati nak bagi cek ni. Rupanya dari takaful. Tak tau cek tu untuk apa, tapi nama saya. Pedulik la, janji dapat duit. Haha. Tapi lupa nak depositkan cek tu sebab semua orang tak nak keluar pergi bandar. Last-last saya pun terlupa pasal cek tu. Baru semalam teringat balik. Hopefully mak tak buang cek tu. Dia tu bukan pasal sangat, time dia extra terestrial rajin tu, habis semua kertas dia humban ke tong sampah. Walaupun sikit je amount dia, but still duit jugak kot. Boleh la beli baju kerja sehelai. Heheh.
Sabtu ini ada exam. Serasa seperti malas hendak pergi menjawab exam sehari suntuk. Lepas tu berasa sangat penat (memang habit, lepas exam mesti flat gila, zaman belajar dulu pun macam tu) dan akan terbongkang tidur saja lepas tu. Tapi kakakku telah berkata;
"Pergila..dah sampai bila nak dapat kerja kerajaan nya kalau tak pergi.."
Macam confirm dapat je kalau pergi kan. Keh keh keh. Tah la..belum membuat keputusan nak pergi ke tak lagi ni. Tunggulah kot dapat wahyu nanti.
***
Oh, ofis saya ni still looking for new staff. Sebab the company tengah dalam expending proses. Imagine, dalam ofis sekangkang kera ni ada 3 major company. Kaya tak kaya bos haku. Tapi haku bila nak kayanya ntah.
So, kami buatlah iklan di internet. Luckily, ramai la yang apply. Saya pun kadang-kadang menyibuk juga nak baca resume yang mereka-mereka ni hantar. The thing is, saya rasa menyampah pula dengan email-email address mereka ni. Tah hapa-hapa nama yang diletak. I mean, its ok lah for personal purposes kan. Ini, dah tahu nak apply kerja, please la create a new email address yang sopan sikit bunyinya. Barulah boleh bagi good first impression. Nama saja lulusan universiti, tak kan benda common pun tak boleh fikir. Dulu, masa zaman saya belajar, last sem siap ada subjek career search. Cara nak buat resume, cover letter semua. Siap signature pun kena signature yang nampak pro tau.
Another thing, since kami iklan few different posts kan, mereka ni sangat malas la nak note kan post apa yang mereka mahu. Dekat email subjek tak ada, dekat email lagi la tak ada. Cover letter lagi la tak ada. Dekat email subjek tulis "resume" saja-saja then just attached resume. Lepas tu nak suruh orang pikir pulak dia ni nak kerja apa. Kang aku letak jadi cleaner kang (kitorang tak ada cleaner, dia lari. chait! dah kitorang kena gotong royong bersihkan ofis beramai-ramai).
Then, kami call untuk interview session. Macam-macam peel la pula. There was one girl, I think kakak dia applykan untuk dia, bila kami call kakak dia, dia suruh kami call that girl herself. So fine, tapi bila saya call that girl. Dia dok jawab,
"Saya tak tau......tak tau...lah"
Semuanya tak tau saja jawabnya. Last-last saya dah fed up then kata,
"takpelah kalau tak tau, bye".
Habis cerita.
No comments:
Post a Comment