Tuesday, November 2, 2010

Dilemma

Tetiba nyanyi lagu Nelly & Kelly Rowland.

Heck. Bukan la, dilemma nak balik ke tak minggu ni kan. Ye la, cuti 3 hari kan. Sambut deepavali. Kita join sekali la. Tapi tak boleh buat keputusan lagi nak balik ke tak ni. Hurm. Oklah, mungkin kita patut tulis the good and the bad things about going back home this week.

Good

1. Jumpa family lah. Sudah sebulan lebih kot tak balik. Sebulan pun kecoh ke? memang pun.

2. Of courselah makanan kan. Suruh Cik Imah masak ikan stim macam haritu ke. Terbaik!!

3. Basuh kereta, baju-baju, kasut-kasut dan semua yang boleh dibasuh.

4. Jumpa Nurain. Wee..boleh sakat dia. Heheh.



Bad

1. Balik minggu ni, raya haji nanti nak balik lagi. Tak sampai 2 minggu pun. Lari lagi la bajet nanti.

2. Balik KL ahad tu pastilah jem yang tidak terkata. Penat la tekan pedal tukar clutch. *Mari mengeluh*



Balik memang best la kan. Tapi malasnya nak drive oh. Naik bas tak boleh angkut beban banyak-banyak, plus macam la tiket ada lagi time ni kan. Lepas tu memang advancer si peniup ney la nak pergi ke pekeliling tu. Macam-macam kenderaan awam nak kena naik baru sampai. Tapi kalau tak balik, aku nak buat apa terhiling-hiling 3 hari kat sini. Oklah, bos ada sebut pasal shooting. Itupun kalau jadi, kalau tak jadi, pergi mandi sungai nak? Mesti mak kecik hati kalau tak balik sebab dah bagitau nak balik haritu.

Kalau tak balik mesti dia call hari jumaat tu nanti pujuk suruh balik juga. Tau dah..

Hehe..


p/s: beli meja kat ikea, tapi tak bagi skru. habis selak, belek, bukak semua dah, tak ada skrunya. yang ada cuma gambar skru saja. heck betul la!

No comments: