
Aiskrim magnum. Selepas choc truffle, almond dan yang ini yang ke-tiga dalam kelompaknya yang saya makan semalam untuk dinner. Classic.

Ini kura-kura sesat. Saya tengah buat apa ntah, tiba-tiba mak saya kata ada kura-kura kat pokok kelapa. Apa lagi terus snap snap post kat twitter. Haha. Lama tak tengok kura-kura besar.

Hamboi sangat ko kan. Diva bukan main lepak atas tv. Rumah acik pakai tv besar gedabak lagi, bapak ku belum mahu invest beli LED TV. Kah kah. Jadi musim-musim hujan ni, tuan puteri ni ambik kesempatan berdiang atas tv tu sambil-sambil melihat pemandangan di luar. Sekali mak saya sound terus lari lintang pukang. Mak saya dengan kucing memang tak pernah nak ngam sejak zaman dahulu lagi.

Selamat datang ke Seremban semua. Wah, datang Seremban pun nak ambik gambar. 2-3 minggu lepas kot kejadian ni. Hari Jumaat, oleh kerana sangap tatau nak buat apa, kami mengambil keputusan untuk pergi lunch dekat Seremban. Padahal makan mee rebus je. Macamlah Bangi takde jual mee rebus kan. Sampai ke Seremban perginya. Lepas tu encik-encik sekelian pergi solat jumaat, saya kena tinggal sorang-sorang dalam kereta. Huhu..

Agree, no?


Entiti bergambar bersama artis. She was the mc that day la. Gambar yang gagal cuba lagi tahun depan.
Itu saja terima kasih.
No comments:
Post a Comment