Thursday, October 28, 2010

Kad Real Rewards Pun Aku Tak Tau Duduk Celah Mana

Dulu sekali dengan kad mesra Petronas kan. Lepas tu, Petronas tak mau share dengan RR lagi. Dia mahu kad dia sorang saja.

Hari ni, dapat ucapan Happy Deepavali dari RR. Terima kasih, time hari raya takde pulak ko bagi ucapan selamat hari raya. Time deepavali laju je ko bagi ucapan.




Dia hantar kat gmail. Selalu gmail ni bos je rajin hantar email ke sini. Maklumlah, bos dengan staff duk bersepah-sepah. Asyiklah gtalk saja. Nasib baik bos ku sempoi.

Mentang-mentang la kadang-kadang orang panggil aku dee, rajin pulak ko bagi ucapan deepavali ni. Kecik hati ah gini!


No comments: