Tuesday, October 26, 2010

Lagilagilagilagila...


OK. Ini saya tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Mungkin kelakar, kesian pun ada, menakutkan pun ada juga.

Hal ini sudah 2 minggu lepas. Saya tengah sibuk buat kerja. Jarang sangat saya sibuk, kalau sibuk tu memang bukan main-main la. Tiba-tiba ada bunyi bell ringing. Misya yang turun. Katanya ada orang mahu datang interview. Memanglah kami sedang mencari Graphic Designer baru, tapi yang musykilnya, rasanya hari itu tak ada sebarang appointment untuk interview. Kebetulan dia sudah datang, they let him in.

Kak Ida masa itu tengah sibuk, ada supplier datang and need to settle things. So, she pass the buck to me. Suruh saya interview. I was like "huh?" dan saya ajak Nurul join sekali. I never bother to see how he looks like before entering my room. Adalah dia lalu depan bilik saya untuk ke tandas, tapi since I was busy doing my work, I dont even think to look at him.

Bila Nurul masuk bilik saya, she kept saying

"Kak, Nurul rasa dia ni somethinglah.."

Saya tak berapa paham. Apa yang somethingnya. Until he came into my room and we asked her few standard questions.

Him: Sekarang tak bekerja, baru kena buang kerja selepas 12 hari.

Saya: *selamba mamat ni mengaku kena buang kerja* kenapa awak kena buang kerja

Him: Sebab saya pergi ke istana negara berjumpa dengan Sultan Mizan bla bla bla..

Saya: *mengarut apa ni* sultan Mizan jumpa awak? Dia ada bagi surat ke suruh datang jumpa dia? *saya tanya sebab dulu dia pernah kerja buat batik, who knows..masih bersangka baik*

Him: Tak tahulah *he couldnt answer and he started to talk to something else*


Kami dah pandang sesama sendiri, dia dah start bercakap dengan benda lain, pandang ke atas dengan tangan tergawang-gawang, mumbling to himself. Mamat ni berzikir ke apa ni?

When we asked about her portfolio, he showed us i-dont-know-what-supermarket flyers. I asked wheres your own design, dia kata, dia boleh buat macam tu lebih kurang. Saya dah buat muka pelik time ni.

The best part was, while I was talking him, he stopped me and he started to talk to that thing. Boleh pulak ko suruh aku berhenti bercakap. Kecik hati betul. Lepas habis dia bercakap dengan that thing, dengan selambanya dia berkata:

"Sorrylah, saya ni gila sikit.."




*PENGSAN..*

Kami pun apalagi, cepat-cepat hulurkan his so called "portfolio" dan tamatkan sesi "interview" tu. Keluar saja dia dari ofis, kami ketawa guling-guling. Semua buat andaian sendiri. Entahlah, saya rasa dia sakit. Sebab sebelum ni elok pulak dia kerja dekat tempat batik tu 2 tahun (kalau dia tak tipulah) dan company yang dia kerja 12 hari tu pun, macamana boleh ambil dia kerja kalau tahu dia gila.

Mujurlah dia buat gila depan kami masa interview. Kalau dah ambil bekerja baru tau dia gila, mau kami pun jadi gila sekali.

Ini saya tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Mungkin kelakar, kesian pun ada, menakutkan pun ada juga.

Haha. Macam-macam hal!

No comments: