Tuesday, June 29, 2010

Cerita Tidur

Sabtu bangun lambat. Jumaat malam tu tidur lambat, sikit. Sebab seperti biasa tonton 1n2d dan bergelak ketawa. Oh, episod ni memang terbaik sebab Hodong pulak kena tinggal sorang-sorang. Haha. Padan muka. I like. Itu la..asyik berlagak ajekan. Sebab sepanjang 3 tahun ni, dia tak pernah lagi kena tinggal sorang-sorang. Asyik bernasib baik je si bulat ni. Gembira tak terkata yang 6 orang lagi tu. Semua melompat bila Hodong kalah. Haha. I pun nak melompat juga rasanya. Tak tau base camp kat mana pulak tu. Kena figure out sendiri. Ada duit dalam 3.30 saja. Beli makanan semua balance ada 1.10 je. Tiba-tiba nak naik bas tambang adalah 1.50 so tak cukup 40sen. Hahaha. Lepas tu, err..bersambung.

Hoh. Panjang pula melalut pasal 1n2d ni. I'm such sucker for this show la. Sebenarnya nak cerita pasal mengantuk saja. Maklumlah, weekend 2 hari dapat tidur banyak. Bangun lambat dan petang pun boleh tidur juga. Tiba-tiba Isnin dah macam zombie bila bangun pagi-pagi. Bercinta betul nak ke bilik air.

Saya selalunya set jam pukul 5.50am. Wo..awalnya macam nak pergi menoreh pula. Taklah, saya bangun untuk solat saja. Sekarang azan dalam 5.40 macam tu. Kadang-kadang time azan dah terjaga. Lepas tu konon-konon akan cuba jawab azan dulu la dengan mata terpejam. Tapi selalunya azan belum habis saya dah doze off balik.

Tepat 5.50am alarm saya berbunyi,

niga niga niga mwonde..*

Oh, saya memang jenis cepat terjaga punya manusia. Kadang-kadang handphone baru vibrate saja saya dah terjaga. Terjaga sajalah. Bangun belum tentu lagi. Lepas tu saya ni jenis yang handphone adalah tidak diletakkan bersama di atas katil atau di bawah bantal seperti sesetengah orang. Saya akan pastikan hp saya di jauhkan sedikit dari katil. Kalau ada meja saya akan letak di situ. Sekarang belum ada meja, jadi saya letak atas lantai sajalah. Tumpang atas buku atau majalah yang saya baca sebelum tidur. Oh, ini adalah antara masalah dunia saya. Gila takut kalau wave dari hp akan merosakkan brain cell segala. Kalau hp dekat je masa tidur saya macam dapat rasa je wave tu bergerak ke arah badan saya dan terus attack secara total, lepas tu boleh mati. Hoh, pemikiran apa tah.

Eh, melalut lagi. Saya bangun awal sebab saya nak pastikan saya dapat tidur lebih lama lepas subuh. Cis, fikir tidur lagi. Bukannya nak beribadah ke, baca Quran ke, baca Al-Ma'thurat ke kan. Ye la. Saya kerja mula jam 9. Kalau saya bangun 6.30 ke, lepas tu terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Nak memasak memang tak la. Baik lah bangun awal dan dapat tidur ekstra lagi 2 jam, sampai jam 8. Barulah bangun semula dan kelam kabut bersiap. Gosok baju apa yang patut dan sampai ke pejabat beberapa minit sebelum jam 9.

Panjang pula cerita. Mengantuk la. Rasa macam mahu pergi makan. Eh, mengantuk pergi makan pula. Bertambah mengantuk la nampaknya.









No comments: