Tuesday, June 8, 2010

You Free?

*Gambar tak berkaitan dari google.

Saya dirumah waktu itu. Telefon berdering. Terkocoh-kocoh saya menjawab. "Hello!"

Dia: You free?
Saya: Yes, I am

Kebetulan, saya memang free waktu itu, maklumlah, tengah menunggu panggilan mana-mana kerja. Sudah semestinyalah saya percuma lapang.

Dia: Are you you free?
Saya: Sorry?

Eh, kan saya dah katakan yang saya lapang. Kenapa mahu ditanya lagi. Beberapa kali juga dia tanya saya " you free..you free". Saya sudah keliru. Dia ini bertanya sama ada saya lapang atau mencari orang bernama Yufri?

Haha. Setelah beberapa ketika bertanya-tanya, betullah dia memang mencari orang bernama Yufri.

Saya: Sorry, I'm not Yufri. Wrong number.

Senget! Mengelirukan betul.

Semalam, telefon berdering. Lalu saya jawab.

Dia: Yufri, bla..bla..how bout quotation bla..bla..
Saya: Hah? Sorry?
Dia: Bla..bla..yesterday..bla..bla..

Semangat betul dia bercerita. Ini mesti sama macam kes haritu ni. Dah agak dah, nasib baik dah berpengalaman.

Saya: No..no..I'm not Yufri, wrong number.
Dia: Oh, sorry!

Sekali lagi. Siapakah ini Yufri. Nama kamu mengelirukan betul dan lebih malang, mesti nombor telefon kamu lebih kurang nombor telefon saya. Sebab itulah asyik tersalah dail saja. Sampai saya pun pening-pening.

Haih! Tolong jangan bagi nama anak Yufri lah. Eh, tiba-tiba pulak!

No comments: