Friday, June 4, 2010

Saya Sebatang Pensil

Hari ni rasa nak tulis pasal pensil pula lah. Sebab tiba-tiba teringat pada pensil yang berjenis boleh cabut matanya bila dah tumpul dan cucuk dekat bontotnya dan mata baru akan keluar. Hu..pensil jenis ni glemer betul masa mula-mula saya sekolah rendah dulu. Ada 20 tahun dulu kot. Hoh..lamanya sudah.


Lebih kurang mcam gini la rupa bentuknya. (Imej dari google)

Kira memang hip la bila pakai pensil ni. Sebab lain dari pensil biasa. Bila tukar matanya tu, nampak la bersinar-sinar ketajaman lead pensel yang baru. Jaki je tengok orang lain ada tapi saya tak ada. Pensil macam tu mahal kot. Saya mana mampu nak beli (pada masa tu mahal la bagi saya ni). So kagum je tengok orang lain ada. Dalam hati simpan cita-cita satu hari aku mesti beli ini pensil juga.

Bila dah lama-lama, pensil tu dah murah sikit. Sebab dah banyak kot orang pakai. So saya beli la satu. Yang murah punya. Lead dia takdelah tajam mana. Tapi memang suka hati betul la. Pakai pensil tu sampai lah lead dia tumpul. Lepas tu lama-lama bosan. Tambah lagi bila 1 mata dia hilang saja, pensil tak boleh guna lagi. Jadi longgar sebab mata tak cukup nak support mata yang lain. Tak pun bila tengah-tengah tulis. Tup, lead dia termasuk ke dalam. Memang boleh bikin panas. Lama-lama campak saja ke bakul sampah. Senang hati. Pakai pensil kayu lagi best.

Oh, satu lagi. Bekas pensel juga boleh jadi transformer. Bila cikgu tak ada dalam kelas, bekas pensel dan peralatannya boleh jadi alatan untuk main pondok-pondok. Haha..kelakar juga bila di ingat-ingat. Pensel akan jadi orang, pemadam boleh jadi tv, buku akan jadi lantai, gam akan jadi sofa, sharpener jadi meja, pembaris jadi kereta & macam-macam lagi la. Lepas tu pensel-pensel tu akan pergi melawat jiran sebelah, takpun jiran sebelah datang rumah kita pulak.

Macam tu lah aktiviti budak-budak perempuan zaman saya dulu. Sekolah kampung, apalah sangat hiburan yang ada. Jadi, kenalah kreatif kan. Sampai mengarut-ngarut. Tapi nasib baik saya pandai dulu-dulu. Tiap-tiap tahun dapat nombor 3. Asyik nombor 3 saja. Haha!

No comments: